Pengembangan Model Perkhidmatan Sosial Bagi Warga Tua Berasaskan Masyarakat: Kajian Di Kelurahan Sukaluyu Kota Bandung Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-02
Authors
Neni Kusumawardhani, Neni Kusumawardhani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Satu impak keberhasilan pembangunan yang dicapai Kerajaan Indonesia, khususnya dalam bidang kesejahteraan sosial dan kesihatan adalah meningkatnya usia harapan hidup yang disertai dengan menurunnya tahap fertiliti. Keadaan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan bilangan warga tua dalam kadar yang cepat. Kajian ini dilakukan di kelurahan Sukaluyu, Kota Bandung, Indonesia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang: (1) permasalahan dan keperluan warga tua untuk meningkatkan tahap berdikari mereka; (2) program perkhidmatan sosial yang diperlukan warga tua; (3) pengembangan model perkhidmatan sosial bagi warga tua yang berasaskan masyarakat; dan (4) pengaruh pengembangan model perkhidmatan sosial bagi warga tua yang berasaskan masyarakat terhadap peningkatan warga tua berdikari dalam menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif di mana populasi kajian adalah warga tua. Teknik persampelan secara bertujuan untuk kaedah kualitatif dan random sampling untuk kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat menerusi teknik pemerhatian, soal selidik, temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus. Analisis data kualitatif dan kuantitatif telah digunakan untuk menghuraikan situasi sebenar berkaitan persoalan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa permasalahan utama yang dihadapi warga tua dalam menjalankan aktiviti kehidupan mereka merangkumi: menurunnya kekuatan fizikal, dan tahap kesihatan; masalah memenuhi keperluan fizikal, dan keperluan keselamatan, masalah memenuhi keperluan kejiwaan/afeksi, dan masalah memenuhi keperluan sosial. Pemenuhan keperluan kepuasan berdaya cipta diri (self creation), dan pemenuhan keperluan kepuasan mewujudkan diri (self actualization) tidak menjadi masalah bagi warga tua dalam menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Keperluan utama dalam pemenuhan keperluan warga tua pula merangkumi: (1) perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat-ubatan, dan peningkatan pemahaman dan pengetahuan warga tua tentang hidup sihat; (2) program perkhidmatan sosial aktiviti rekreasi; (3) program keagamaan (4) aktiviti sosial; dan (5) aktiviti mengisi masa terluang. Dapatan kajian mendapati bahawa pengembangan model perkhidmatan sosial bagi warga tua berasaskan masyarakat mempunyai pengaruh terhadap peningkatan warga tua berdikari dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Terdapat lima rancangan program aktiviti perkhidmatan yang dapat diamalkan dalam meningkatkan kendiri warga tua melalui pengembangan model perkhidmatan sosial berasaskan masyarakat. Ini termasuklah perkhidmatan kesihatan, program aktiviti rekreasi, program perkhidmatan keagamaan (religious), program aktiviti sosial, dan program aktiviti mengisi masa terluang. Secara teoritikal, kajian ini berguna dalam memperkaya penjelasan ilmiah dalam mengembangkan ilmu kerja sosial, khususnya tentang model perkhidmatan sosial bagi warga tua yang berasaskan masyarakat untuk meningkatkan kendiri warga tua dalam menjalankan aktiviti kehidupan. Secara praktis, hasil kajian ini boleh memberi sumbangan untuk profesion kerja sosial, kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan sosial yang lebih berkesan untuk warga tua.
Description
Keywords
Warga tua
Citation