Disaster relief and preparedness: coping with psychological distress among workers involved In flood disaster in Kelantan
Loading...
Date
2017
Authors
Yasin, Mohd Azhar Mohd
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia dari 15 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 telah
dianggap sebagai bencana banjir yang paling teruk di negara ini.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekerapan tekanan psikologi dan mengenalpasti faktor-faktor penentu
terjadinya tekanan psikologi termasuklah strategi penyesuaian (coping strategy) dalam kalangan pekerja
perubatan dan penyelamat di Kelantan.
Kajian ini di laksanakan 6 bulan selepas bencana banjir dan melibatkan 160 pekerja perubatan (kakitangan
Hospital Kuala Krai) dan 160 pekerja penyelamat (Bomba dan JPAM) yang bertugas semasa bencana banjir lalu.
Borang soal selidik, 'Impact Event Scale-Revised (IES-R)' dan 'Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21 )'
digunakan untuk mengenalpasti tekanan psikologi, manakala Brief-COPE digunakan untuk mengenalpasti jenis
strategi penyesuaian. Data yang diperolehi dianallsis menggunakan kaedah multiple regresi logistic di dalam
program SPSS versi 22.
Secara kesimpulan, pekerja perubatan dan penyelamat yang terlibat dalam tugas bantuan sewaktu bencana
banjir didapati berisiko tingi untuk mendapat tekanan psikologi terutamanya kerisauan dan PTSD. Kekerapan
mengalamai tekanan psikologi ini berkaitan dengan faktor sosio-demografik, pengalaman sewaktu banjir dan
juga kebiasaan menggunakan strategi penyesuaian tertentu. Dapatan dari kajian ini antaranya menyokong
kepada keperluan latihan pertolongan cemas psikologi (psyhological first aid) kepada pekerja perubatan dan
penyelamat yang berisiko tinggi untuk mengalami tekanan psikologi akibat bencana.
Description
Keywords
Flood