Kesan Beberapa Agen Pencerah Terhadap Saduran Nlkel Watts

Loading...
Thumbnail Image
Date
1998
Authors
ABDUL RAHIM, AFIDAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Ujian sel Hull telah digunakan sebagai kaedah yang paling mudah untuk meninjau julat kecerahan bagi rengelektrosaduran nikel Watts tanpa agen peneerah dan dengan kehadiran agen pencerah. Semua endapan yang diperolehi dikatogerikan kepada sangat cerah, eerah, separa cerah dan pudar. Penge1ektrosaduran nike1 tanpa agen pencerah te1ah menunjukkan endapan yang separa eerah pada ketumpatan arus kurang dari 0.2 Ndm2 serta pada suhu bilik (30°C) diperolehi sebagai keputusan terbaik. J ulat kecerahan bagi semua agen pencerah dikaji menggunakan sel Hull pada arus 2 A selama 10 minit, pH 4.00 ± 0.10 serta pada beberapa suhu. Sebagai permulaan kajian, empat agen peneerah kelas kedua iaitu fuchsin, propargilamina, 2-metil-3-butuna-2-o1 dan 2-butuna-l,4-diol telah digunakan pada kepekatan 0.005 gIL hingga 1.0 gIL. Semua agen pencerah telah menghasilkan tahap kecerahan yang berbeza pada julat kepekatan serta suhu-suhu yang dikaji. Suhu optimum bagi propargilamina, fuchsin dan 2-butuna-l,4-diol adalah pada 60°C manakala 2-metil-3-butuna-2-o1 pada suhu bilik. Dari keempat-empat agen pencerah yang digunakan, didapati 2-butuna-l,4-diol merupakan agen pencerah yang terbaik kerana mempunyai julat kecerahan yang luas bagi endapan yang sangat cerah pada semua suhu yang dikaji. Seterusnya, julat kecerahan bagi beberapa agen pencerah dari kurnpulan hidroksi yang mengandungi ernpat rantai karbon iaitu 2-butena-l ,4-diol, 3-butena-l ,2-diol, 3-butuna-l-ol, 2-butuna-l-ol dan juga 3-heksuna-2,5-diol telah dikaji pada keadaan-keadaan yang sarna seperti di atas dan keputusannya dibandingkan dengan 2-butuna-l,4-<1iol. Walaupun agen-agen pencerah tersebut tergolong dari kurnpulan hidroksi yang sarna, suhu optimum bagi 3-butena-l,2-diol, 2-butuna-l-01 dan 3-butuna-l-ol adalah pada 60°C, 2-butena-l,4-diol pada suhu bilik dan 3-heksuna-2,5-diol pada 50°C. Dari keputusan-keputusan eksperimen yang dijalankan, didapati julat kecerahan yang meningkat pada keempat-empat suhu yang dikaji adalah seperti be_rikut: 3-butuna-l-01 < 3-butena-l,2-diol < 2-butena-l,4-diol < 3-heksuna-2,5-diol < 2-butuna-l-ol < 2-butuna-l,4-diol. Penggunaan dibenzenasulfonimida sebagai agen pencerah kelas pertama telah menghasilkan endapan yang cerah pada suhu 40°C sebagai keputusan terbaik. Beberapa gabungan agen pencerah melibatkan 2-butuna-l ,4-diol, 2-butuna-l-01 dan 3-heksuna~2,5-diol dengan dibenzenasulfonimida telah digunakan di dalam rendaman nikel Watts sebenar pada ketumpatan arus 2 A/dm2 selama 10 minit serta pH 4.00 ± 0.10. Selain dari rupabentuk endapan, sifat-sifat fizik seperti kecekapan katod, kekasaran pennukaan luar dan lekatan endapan serta sifat-sifat mekanikal seperti kekerasan mikro dan kekuatan tegangan telah dibandingkan setelah pengelektrosaduran dijalankan pada suhu bilik dan 60°C. Berdasarkan keputusan-keputusan yang diperolehi dari eksperimen, dari segI rupabentuk,sifat-sifat fizik dan mekanikal dicadangkan agen-agen pencerah berikut digunakan di dalam pengelektrosaduran nikel Watts: 1. 0.3 gIL 2-butuna-l ,4-diol pada suhu bilik 2. 0.3 giL 2-butuna-I-ol pada suhu bilik 3. 0.3 giL 3-heksuna-2,5-diol pada suhu bilik 4. 0.3 giL 2-butun-l ,4-diol + 0.5 giL dibenzenasulfonimida pada suhu bilik.
Description
Keywords
Kesan Beberapa Agen Pencerah , Terhadap Saduran Nlkel Watts
Citation