Rasuah Di Indonesia - Kajian Kes Pungutan Liar Dalam Firma-Firma Pembuatan Terpilih Di Kota Medan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-03
Authors
Haji Zakaria, Haji Muhammad Salim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Fenomena rasuah yang teruk dan merata-rata di berbagai negara sudah te~adi sejak zaman dahulu kala hingga sekarang. Dalam hal ini, Indonesia tidak terkecuali bahkan merupakan negara penderita yang teramat parah. la berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya dalam bentuk pungutan liar, wang sogok suap, wang senyum,. dan sebagainya. Keadaan terse but mempengaruhi perkembangan kemajuan firma pembuatan, sehingga daya saingnya menjadi kurang handal. Kajian ini mempunyai beberapa tujuan. Pertama, untuk Ulengetahui keadaan sebenar rasuah yang menyerap masuk ke dalam hampir seluruh aspek kehidupan masyarakat Indonesia. Kedua, secara khusus untuk menguji kesan pungutan liar terhadap perkembangan firma pembuatan di Medan, Indonesia. sarna ada sebagai pemangkin atau sebagai penghalang. Secara umumnya. kajian ini mendapati bahawa rasuah dalam berbagai bentuknya di Indonesia sudah merebak dan bermaharajalela laksana barah menggerogot ke semua sendi-sendi kehidupan masyarakat. Keadaannya sudah terlalu teruk hingga hampir tiada lagi urusan pelayanan masyarakat yang tidak mensyaratkan wang pelicin. Bahkan pelanggaran Undang-undang dengan mudahnya diselesaikan melalui wang tutup mulut, denda damai, dan sebagainya sehingga hukum sudah menjadi sesuatu benda yang dapat ditebus.
Description
Keywords
Rasuah , Indonesia
Citation