Politik pembentukan dasar : kajian kes terhadap proses pembentukan dasar belanjawan pendidikan dalam perubahan perlembagaan Indonesia tahun 1999-2002

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009-05
Authors
Tauran, Tauran
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pembentukan dasar mempakan proses yang kompleks sehingga persoalan tentang bagaimana sebuah dasar wujud boleh menjadi kajian menarik kerana ia tidak memiliki satu jawaban yang pasti. Dalam konteks itu, objektif kajian ini bermaksud menjelaskan proses pembentukan dasar belanjawan pendidikan dalam pembahan perlembagaan Indonesia antara tahun 1999-2002. Kes ini dipilih kerana dasar tersebut melambangkan pembahan drastik dalam sejarah belanjawan pendidikan Indonesia yang sejak 1969-1995 memiliki purata 7.06% sahaja. Bagaimanapun dasar yang baru telah menetapkan Indonesia untuk mengutamakan belanjawan pendidikan sekurang-kurangnya 20% dari keselumhan belanjawan negara. Kajian ini menggunakan teori "policy stream" oleh John Kingdon sebagai kerangka utama analisa. Menumtnya, sesuatu dasar terbentuk dari sebuah proses yang kompleks yang melibatkan tiga aliran -aliran masalah, aliran dasar dan aliran politik. Berdasarkan kerangka tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kajian kes bagi proses penyelidikan. Data dikumpulkan daripada sumber kualitatif seperti temubual, transkripsi rakaman mesyuarat dan sumber sekunder. Analisa data menggunakan kaedah ilustrasi -data disaring, dikategorikan, disusun dan kemudian dibincang berdasarkan teori yang digunakan sehingga menghasilkan kefahaman yang menyelumh terhadap kes yang dikaji. Kajian ini mendapati bahawa wujudnya dasar belanjawan pendidikan dalam pembahan perlembagaan antara tahun 1999-2002 mempakan basil daripada sebuah momentum percantuman tiga aliran iaitu (1) aliran permasalahan -pembiayaan pendidik:an merupakan masalah klasik yang telah muncul sejak zaman kemerdekaan Indonesia. Masalah tersebut memasuki arena perubahan perlembagaan menggunakan isu reformasi yang dibawa oleh sebahagian aktor penggubal dasar (policy actors); (2) aliran idea-idea penambahan belanjawan pendidikan telah muncul sejak tahun 1960. Idea tersebut dibawa masuk ke dalam arena perubahan perlembagaan oleh "pengusaha dasar" (policy entrepreneur) dengan menggunakan hujah pengalaman dan kejayaan negara lain dalam mengelola bidang pendidikan; (3) aliran politik - keadaan khusus politik semasa perubahan perlembagaan berlaku iaitu keadaan euphoria reformasi dan wujudnya ahli-ahli baru di dalam M~lis Permesyuwaratan Rakyat (MPR) yang memilik:i perspektif baru terhadap isu belanjawan pendidikan. Keadaan politik tersebut telah membuka "tingkap dasar" sehingga membolehkan aliran masalah dan idea dasar belanjawan pendidikan bercantum. Kajian ini juga mendapati peranan penting "pengusaha dasar" yang beljaya memanfaatkan terbukanya "tingkap dasar". "Tingkap dasar" yang terbuka telah membolehkan percantuman ketiga-tiga aliran dan wujudnya persetujuan-persetujuan politik di kalangan penggubal untuk menyokong cadangan dasar belanjawan pendidikan minimum sebanyak 20% daripada belanjawan negara. Hasil kajian ini memberikan beberapa implikasi: (I) memperkuatkan idea bahawa wujudnya sesebuah dasar tidak selalu melalui proses yang berturutan dan rasional; (2) untuk kejayaan sesebuah cadangan dasar, wujudnya "pengusaha dasar" dan kemampuan memilih hujah-hujah yang sesuai dengan keadaan politik semasa merupakan faktor yang kritikal.
Description
Keywords
Belanjawan pendidikan
Citation