Pelaksanaan Al-Rahnu Di Institusi Perbankan Dan Bukan Perbankan Di Malaysia
dc.contributor.author | OTHMAN, AZIZAH | |
dc.date.accessioned | 2016-05-11T02:48:20Z | |
dc.date.available | 2016-05-11T02:48:20Z | |
dc.date.issued | 2015-02 | |
dc.description.abstract | Kemunculan pajak gadai Islam (al-rahnu) di Malaysia pada tahun 1992 telah membawa perubahan kepada industri pajak gadai yang selama ini dimonopoli oleh konvensional. Sistem ini bersifat kebajikan yang membantu golongan yang memerlukan wang tunai dengan cepat dan mudah. al-Rahnu merupakan satu skim yang diperkenalkan untuk melindungi masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba. Namun begitu ketiadaan satu akta al-rahnu menyebabkan berlakunya perbezaan pelaksanaan mengikut kategori organisasi al-rahnu. Isu kepatuhan syariah turut dibincangkan kerana al-rahnu merupakan kontrak mua‘malat yang telah lama dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk memahami dengan jelas pelaksanaan al-rahnu dalam amalan perbankan dan bukan perbankan di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada pelaksanaan al-rahnu di Bank Rakyat, al-rahnu Kelantan dan al-rahnu MAIDAM Terengganu. Tumpuan kajian adalah menganalisa aspek pelaksanaan al-rahnu di tiga buah organisasi terbabit, ciri-ciri kelebihan produk serta isu dan cabaran yang dihadapi. Kajian ini juga cuba memahami secara teori konsep al-rahnu itu sendiri menurut al-Quran dan al-Hadith. Analisis perbandingan akan turut dibuat antara institusi al-rahnu yang dikaji dengan melihat persamaan dan perbezaan pelaksanaannya. Data dikumpulkan menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Data seterusnya akan dianalisis menggunakan metod induktif, deduktif dan komparatif. Sejumlah 443 borang soalselidik diedarkan sebagai mengumpul data sokongan bagi melihat isu dan cabaran al-rahnu dari aspek kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan alat perisian Statistical Package For the Social Sciences (SPSS). | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2021 | |
dc.subject | Pelaksanaan Al-Rahnu Di Institusi Perbankan | en_US |
dc.subject | Dan Bukan Perbankan Di Malaysia | en_US |
dc.title | Pelaksanaan Al-Rahnu Di Institusi Perbankan Dan Bukan Perbankan Di Malaysia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: