Konsep Kesejahteraan Wanita Dalam Pekerjaan Daripada Perspektif Islam
Loading...
Date
2020-06
Authors
Abdul Aziz, Nurul Izza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji konsep kesejahteraan wanita dalam pekerjaan
daripada perspektif Islam. Ia bertitik tolak daripada peningkatan wanita dalam
pekerjaan. Jabatan Statistik Malaysia melaporkan peningkatan peratusan wanita
yang terlibat dalam pekerjaan sekitar tahun 2011 sehingga 2016. Walau
bagaimanapun terdapat implikasi daripada penglibatan wanita dalam pekerjaan
terhadap ketidaksejahteraan wanita antaranya ketidakseimbangan kehidupan kerja
wanita, keterdedahan isu berikutan dengan keselamatan wanita seperti gangguan
seksual, konflik kerja keluarga dan diskriminasi di tempat kerja. Isu-isu ini dapat
memberikan implikasi negatif terhadap aspek kesejahteraan wanita dan
menyebabkan produktiviti serta kualiti pekerjaan menurun. Oleh sebab wanita dalam
pekerjaan mempunyai pelbagai peranan maka, isu kesejahteraan wanita dalam
pekerjaan tidak sama dengan kesejahteraan lelaki dalam pekerjaan. Dari sisi lainnya,
untuk menangani isu kesejahteraan wanita dalam pekerjaan, konsep kesejahteraan
yang ada berakar umbikan falsafah Aristotle dan Socrates dan tidak menyentuh
mengenai nilai ketauhidan dalam diri manusia. Konsep ini turut dilihat tidak
menyentuh aspek wanita secara spesifik serta keperluan-keperluan wanita di tempat
kerja sedangkan, kesejahteraan insan daripada perspektif Islam menonjolkan aspek
ketauhidan dan aspek ke fungsian manusia. Dengan erti lainnya, konsep-konsep
kesejahteraan kini dilihat kontra dengan kesejahteraan daripada perspektif Islam.
Description
Keywords
Kesejahteraan Wanita , Pekerjaan