Pengaruh Resiliensi, Daya Tindak, Dan Kecerdasan Menghadapi Cabaran Terhadap Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Pelajar Universiti
Loading...
Date
2019-05
Authors
Idris, Izazol
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kehidupan di universiti memerlukan ketahanan diri dan kekuatan dalaman yang
kukuh bagi membolehkan pelajar menangani cabaran dan berfungsi secara optimum
sebagai seorang pelajar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membina model yang
menghubungkan resiliensi, daya tindak, dan kecerdasan menghadapi cabaran (AQ)
dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif. Data diperolehi daripada responden kajian
melalui instrumen Adolescent Resilience Scale, Stress Coping Style Inventory,
Kecerdasan Menghadapi Cabaran, dan Flourishing Scale. Responden kajian terdiri
daripada 200 orang pelajar program ijazah sarjana muda dari enam buah universiti
awam yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Analisis statistik yang
digunakan adalah statistik deskriptif dan model persamaan berstruktur melalui kaedah
Partial Least Square. Kajian ini menemui tiga dapatan penting, iaitu pertama, model
pengukuran yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur resiliensi, daya tindak,
AQ, dan kesejahteraan psikologi telah dibina. Penemuan ke dua ialah resiliensi, daya
tindak, dan AQ merupakan konstruk yang meramalkan 69.8% varians dalam
kesejahteraan psikologi, dan ke tiga, AQ merupakan konstruk peramal utama dalam
dinamik hubungan ini. Kajian ini memberi implikasi bahawa model hubungan ini
berupaya menggambarkan fenomena kekuatan dalaman untuk mengharungi cabaran
dalam konteks kehidupan awal belia sebagai pelajar universiti di Malaysia.
Description
Keywords
Kesejahteraan Psikologi , Pelajar Universiti