Wanita Dan Perubahan Pemakanan Keluarga : Kajian Kes Di Batubara, Medan, Indonesia
dc.contributor.author | ., Maswita | |
dc.date.accessioned | 2019-08-20T01:54:15Z | |
dc.date.available | 2019-08-20T01:54:15Z | |
dc.date.issued | 2017-07 | |
dc.description.abstract | Tesis ini bertujuan untuk mengkaji wanita dan pemakanan keluarga serta mengidentifikasi bentuk-bentuk peranan wanita dalam mencapai pemakanan yang seimbang. Di samping itu, tesis ini mengkaji strategi wanita dalam bidang ekonomi di Sukamaju dalam perubahan pemakanan keluarga. Bertitik tolak dari kemajuan yang dicapai wanita dalam pembanguan negara telah memberi nilaian bahawa wanita yang bekerjaya di luar rumah cenderung meninggalkan peranannya dalam rumah tangga. Padahal sterategi yang dijalankan wanita suri rumah hanyalah untuk mencapai pemakanan keluarga yang seimbang. Kajian kualitatif yang berlandaskan perspektif fungsionalism ini bersifat etnografi sosial. Kaedah pemerhatian ikut serta digunakan untuk mengutip data empirikal bagi menjelaskan kehidupan masyarakat Sukamaju dalam proses menyediakan pemakanan yang terbaik untuk keluarga. Kaedah temu bual digunapakai bagi mendapat pandangan pihak berautoriti tentang pemakanan dan hal ehwal kawasan yang dikaji terutama Pengarah Jabatan, Ketua Kecamatan, Bhupati dan Camat di Batubara. Manakala kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian secara langsung dilakukan ke atas informan terpilih. Informan dipilih berdasarkan kaedah purposive sampling menggunakan teknik snowball. Dalam kaedah ini seramai 30 orang informan dipilih mengikut kategori yang dikukuhkan sesuai dengan tiga fasa pembangunan di Indonesia. Bagi setiap fasa pembangunan, seramai 10 orang informan wanita yang terdiri daripada surirumah dipilih berdasarkan kategori umur, pendidikan dan bekerja untuk menjana ekonomi keluarga. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8633 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Wanita dan perubahan pemakanan keluarga | en_US |
dc.subject | di Batubara, Medan, Indonesia | en_US |
dc.title | Wanita Dan Perubahan Pemakanan Keluarga : Kajian Kes Di Batubara, Medan, Indonesia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: