Penanaman Padi Di Kedah 1900-2000 : Satu Kajian Tentang Sejarah Dan Impaknya Terhadap Ekonomi Serta Politik

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-12
Authors
Saidon, Mohd Kasri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dibahagikan kepada dua fokus besar iaitu sejarah penanaman padi di negeri Kedah serta impak pertanian ini terhadap ekonomi dan politik negeri. Dalam aspek sejarah, kajian ini membincangkan soal asal-usul penanaman dan segala bentuk peristiwa yang berlaku di Kedah khususnya dalam kerja-kerja persawahan. Impak tanaman ini pula dilihat dalam dua skop utama iaitu ekonomi dan politik. Penanaman padi ini sudah menjadi asas kepada ekonomi Kedah sejak zaman berzaman. Padi mulanya tidak begitu jelas sebagai teras ekonomi ketika ekonomi maritim banyak memperdagangkan hasilan lain. Namun dalam abad ke- 17 pola ekonomi negeri telah berubah kepada dari maritim kepada agrarian yang bersandarkan penanaman padi, ia kemudiannya menjadi teras kepada hasil negeri. Corak ekonomi pada mulanya adalah sekadar saradiri kemudian berubah menjadi separa saradiri dan muncul sebagai komersil dalam dekad 1990an. Apa juga yang berlaku di Kedah kerap kali akan melibatkan masyarakat besarnya iaitu pesawah. Mereka merupakan pemain politik utama negeri khususnya sesudah kemerdekaan. Politik dan masyarakat sawah adalah satu bentuk kebergantungan yang relatif
Description
Keywords
Sejarah penanaman padi di negeri Kedah , impak terhadap ekonomi dan politik negeri
Citation