Strategi Sekuriti Makanan Dalam Pembangunan Lestari Islam
dc.contributor.author | Ismail, Nurul Suhada | |
dc.date.accessioned | 2021-06-22T07:30:16Z | |
dc.date.available | 2021-06-22T07:30:16Z | |
dc.date.issued | 2019-07 | |
dc.description.abstract | Agenda sekuriti makanan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia pada masa ini memandangkan krisis makanan dan kelaparan masih lagi berlaku di kebanyakan negara di dunia. Malah, isu kebuluran masih lagi wujud dalam abad ini. Keadaan ini bertambah meruncing akibat keterhadan dan degradasi sumber alam yang membekalkan sumber makanan. Tiga isu utama berlaku berkaitan sekuriti makanan. Pertamanya, isu jangkaan pertambahan penduduk dunia dan khususnya populasi masyarakat Muslim pada masa akan datang mencetuskan gambaran bahawa permintaan makanan bakal bertambah. Keduanya, isu perubahan trend penggunaan makanan penduduk dan ketiga, isu kualiti makanan yang mempengaruhi kesihatan manusia. Isu-isu pada peringkat global ini turut dihadapi oleh Malaysia. Ketiga-tiga isu ini berkait rapat dengan penggunaan sumber alam untuk aktiviti pengeluaran makanan, pengagihan, penggunaan dan kualiti makanan yang merupakan komponen sekuriti makanan. Bagi menanganinya, strategi yang holistik diperlukan. Atas sebab itu, kajian ini dengan menggunakan reka bentuk kualitatif asas dilaksanakan bagi mengenal pasti strategi sekuriti makanan dalam pembangunan lestari Islam (SSMPLI). Kajian diteruskan dengan menganalisis strategi sekuriti makanan di Malaysia berdasarkan SSMPLI. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/13612 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Sekuriti Makanan | en_US |
dc.subject | Islam | en_US |
dc.title | Strategi Sekuriti Makanan Dalam Pembangunan Lestari Islam | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: