Kesakitan kronik dan kesannya Ke atas aktiviti hidup seharian (ahs) Pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Loading...
Date
2006
Authors
Bee, Ching Bee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pengenalan: Kesakitan kronik adalah kesakitan yang berlanjutan melebihi 3 bulan. Ia
mempunyai kesan terhadap aktiviti hidup seharian (AHS) yang merangkumi tabiat
pemakanan, tabiat eliminasi dan kebersihan diri, keupayaan bergerak, corak tidur, corak
mandi, keupayaan pemakaian pakaian dan pekerjaan.
Objektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesakitan kronik yang paling
teruk dan gangguan AHS yang dialami pesakit, mengetahui pengaruh psikologi dan
penggunaan strategi bukan farmakologi terhadap gangguan AHS serta mengenalpasti
perkaitan antara tahap kesakitan kronik dan tahap gangguan AHS.
Metodologi: Borang soal selidik yang diubahsuai daripada City of Hope: Psychosocial
Pain Assessment Form, Brief Pain Inventory (short form) dan McGill Pain
Questionnaire yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia digunakan untuk
mengumpul data. Seramai 54 pesakit di HUSM yang mengalami kesakitan kronik dan
memenuhi kriteria kajian telah terlibat dalam kajian ini.
Keputusan kajian: Pesakit dalam kajian ini majoritinya berumur antara 18-29 tahun,
mengalami kesakitan bercorak sekejap/sementara dan setempat. Purata tahap kesakitan
kronik pesakit adalah 5.69(min) dengan sisihan piawai 1.412 manakala tahap kesakitan
kronik yang paling teruk adalah 8.17(min) dengan sisihan piawai 2.054. Pesakit dalam
kajian ini mula mengalami gangguan AHS pada tahap kesakitan kronik yang sederhana
(6.8l(min) dengan sisihan piawai 1.415) dan didapati gangguan bagi aktiviti keupayaan
bergerak, corak tidur dan pekerjaan adalah pada tahap sederhana manakala gangguan
sedikit bagi AHS lain. Perubahan psikologi yang kerap dialami adalah perasaan tertekan
dan bimbang. Strategi bukan farmakologi yang kerap digunakan adalah berehat dan
urutan. Melalui ujian korelasi, tahap kesakitan kronik didapati mempengaruhi tahap
gangguan AHS, dengan p<0.05, kecuali keupayaan pemakaian pakaian (p>0.05).
Kesimpulan: Tahap gangguan AHS didapati dipengaruhi oleh tahap kesakitan kronik,
psikologi dan strategi bukan farmakologi yang digunakan. Jururawat memainkan
peranan penting dalam menaksir dan menguruskan kesakitan pesakit dengan efektif.
Description
Keywords
Chronic pain