Enantiospecificity of Polyclonal antibodies Raised against Racemic and Pure Enantiomers of Salbutamol and the Implications of Their Use in Enzyme Immunoassay
Loading...
Date
2015-02
Authors
SUE HAY, CHAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Salbutamol (albuterol) adalah agonis 2-adrenergik yang popular digunakan dalam rawatan
asma dan gangguan obstruktif pulmonari kronik (COPD). Salbutamol biasanya
disalahgunakan sebagai peningkat prestasi dalam sukan serta penggalak tumbesar yang
berkesan pada ternakan. Pengawasan terhadap penyalahgunaan salbutamol bergantung
kepada kejayaan pelaksanaan kaedah penapisujian air kencing untuk mengesan bahan
tersebut di mana immunoasai enzim memainkan peranan penting. Oleh kerana
kecenderungan untuk menukar kepada enantiomer tunggal sebagai ajen terapeutik yang lebih
selamat dan berkesan, (R)-salbutamol telah diperkenalkan untuk kegunaan terapeutik pada
manusia serta sebagai penggalak tumbesar dalam perubatan veterinar. Pertukaran ini
menimbulkan tanda tanya tentang penggunaan imunoasai tradisional yang menggunakan
antibodi rasemik (RS)-salbutamol. Kereaktifan-silang dan keterpilihan-enantio antibodi
menggunakan immunogen yang disintesiskan melalui kaedah campuran anhidrid (MA) dan
pengaktifan epoksi (BDDE) pada arnab, telah dikaji. Antibodi-antibodi menunjukan
keterpilihan-enantio samaada terhadap (R)-salbutamol atau (S)-salbutamol bergantung
kepada individu haiwan, jadi antibodi-antibodi ini tidak sesuai digunakan dalam pemantauan
aras (R)-salbutamol. Sehubungan itu, tiga jenis antibodi enantio-khusus menggunakan (R)-
dan (S)-salbutamol sebagai hapten juga telah dihasilkan. Antibodi (R)-salbutamol
menunjukkan kereaktifan-silang sebanyak 3.94-7.13% terhadap antipodnya. Manakala
antibodi (S)-salbutamol menunjukkan kereaktifan silang sebanyak 3.28-5.25% terhadap
enatiomer-(R). Antibodi-antibodi ini berpotensi digunakan untuk pemantauan aras setiap
individu enantiomer dalam air kencing.
Description
Keywords
Polyclonal Antibodies , Enzyme Immunoassay