Kulat Patogenik Terhadap Pokok Andrographis paniculata (Hempedu Bumi) Dan Kesan Penyakit Terhadap Pengeluaran Hasil
dc.contributor.author | Tuan Kub, Tuan Noorkorina | |
dc.date.accessioned | 2018-06-05T01:18:30Z | |
dc.date.available | 2018-06-05T01:18:30Z | |
dc.date.issued | 2010-05 | |
dc.description.abstract | Andrographis paniculata merupakan pokok dari famili Acanthaceae yang biasa digunakan bagi merawat penyakit hati, disentri, demam dan sinusitis. Ia juga mempunyai aktiviti anti-inflamasi, immunosupresif dan berpotensi bagi merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis. Penyakit berkaitan pokok ini tidak banyak dikaji kerana hasilnya dituai dari hutan atau ditanam pada skala kecil. Memandangkan potensinya sebagai ubatan herba, pokok ini telah ditanam secara besar-besaran. Tinjauan penyakit A. paniculata di sembilan lokasi penanaman di Semenanjung Malaysia mendapati penyakit yang menyerang A. paniculata adalah bintik daun, reput daun, bintik perang, antraknos batang, reput batang dan mati rosot. Enam jenis kulat yang dipencilkan daripada gejala penyakit adalah Curvularia sp., Colletotrichum gloeosporioides, C. coccodes, Fusarium solani, F. oxysporum dan F. chlamydosporum yang telah menyebabkan kekurangan hasil terutamanya dari penyakit reput akar dan mati rosot. Keputusan juga menunjukkan kesemua bahagian pokok boleh dijangkiti kulat. Penyakit yang paling banyak ditemui ialah penyakit daun. Kajian ke atas pertumbuhan kulat mendapati pertumbuhan terbaik bagi kebanyakan kulat yang dikaji berlaku pada eraman; i) 12 jam di tempat gelap diikuti 12 jam di bawah cahaya, ii) pada suhu 22oC, iii) pada kelembapan relatif 50% di bawah cahaya, dan iv) pada kelembapan relatif 100% dalam keadaan gelap. Keputusan ujian kepatogenan pula mendapati kesemua kulat yang diinokulasi menghasilkan gejala penyakit seperti yang asal. Kesemua anak pokok yang diinokulasi kulat juga menunjukkan penurunan berat kering. Secara statistik, terdapat korelasi negatif (P=0.01) antara berat kering dan Indeks Keterukan Penyakit (DSI), di mana semakin tinggi DSI iaitu semakin parah keterukan penyakit, semakin rendah hasil pokok. Inokulasi kulat pada daun yang dipisahkan pula mendapati perkembangan gejala penyakit lebih perlahan pada daun yang tidak luka berbanding daun yang dilukakan (P=0.10). Terdapat perbezaan bererti (P=0.01) antara bilangan pokok yang dijangkiti penyakit pada empat minggu dan lapan minggu selepas penanaman. Secara statistik, terdapat perbezaan bererti bagi parameter pokok (tinggi, lebar kanopi, bilangan daun, bilangan dahan, berat basah dan berat kering) yang direkodkan terhadap pokok liar dan pokok terjaga (P=0.50). Faktor cahaya dan kesuburan tanah juga memberi kesan terhadap percambahan biji benih. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5660 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Kulat patogenik terhadap pokok Andrographis paniculata | en_US |
dc.subject | dan kesan penyakit terhadap pengeluaran hasil | en_US |
dc.title | Kulat Patogenik Terhadap Pokok Andrographis paniculata (Hempedu Bumi) Dan Kesan Penyakit Terhadap Pengeluaran Hasil | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: