Pemikiran Pendidikan Islam Menurut Badiuzzaman Said Nursi Dalam Risalah Al-Nur
Loading...
Date
2015-10
Authors
Ayub, Mohd Nasir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini merupakan satu perbincangan mengenai pemikiran pendidikan
Islam serta amalannya dengan merujuk kepada pandangan Badiuzzaman Said Nursi
dalam kitab Risalah al-Nur. Memandangkan beliau hidup di zaman penjajahan Barat,
manakala struktur sosial umat Islam mula terpengaruh dengan pemikiran Barat
termasuklah dalam sistem pendidikan. Penyelidikan ini dilakukan bagi mencapai tiga
objektif utama iaitu pertama, untuk memperkenalkan Said Nursi sebagai seorang
tokoh dalam bidang pendidikan Islam. Keduanya, mengkaji karya Risalah al-Nur
dalam isu-isu berkaitan pendidikan Islam. Ketiga, menganalisis bentuk pendidikan
Islam Menurut Said Nursi berdasarkan Risalah al-Nur. Untuk mencapai objektif
tersebut, penyelidik memilih dua kaedah
pengumpulan data dan maklumat serta metode analisis. Data yang terkumpul akan
dianalisis berdasarkan analisis kandungan. Penyelidikan ini diharapkan dapat
membantu pihak yang berwajib merangka sistem pendidikan Islam yang lebih
sempuma iaitu dengan mengambil kira struktur asas pendidikan Islam. Berdasarkan
. pandangan Said Nursi, kaedah untuk meninggikan semula kemuliaan umat Islam
ialah melalui pengukuhan sistem pendidikan umat Islam yang lebih memenuhi
kehendak pada zaman tersebut dan bersifat sepadu. Salah satu usaha yang dirancang
ialah penubuhan Universiti Madrasah al-Zahra’ yang merupakan model sistem
pendidikan yang memenuhi tuntutan dunia dan juga akhirat.
Description
Keywords
Pendidikan Islam , Risalah Al-Nur