Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedah

dc.contributor.authorYahaya, Mahathir
dc.date.accessioned2019-04-04T02:17:54Z
dc.date.available2019-04-04T02:17:54Z
dc.date.issued2018-07
dc.description.abstractSistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya sistem penyampaian yang digunakan adalah tidak efektif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana sistem penyampaian pendidikan masyarakat Baling dengan lebih mendalam. Objektif kajian ini adalah: (1) Mengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling; (2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan sedia ada; (3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan; (4) Membina model sistem penyampaian program pendidikan yang lebih berkesan bagi masyarakat Baling. Sejumlah 10 orang pelajar, 10 orang ibu bapa serta lima wakil pelaksana daripada agensi kerajaan telah terlibat dalam proses temubual secara mendalam. Analisis bertema telah digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa medium media elektronik, media cetak dan aktiviti kunjungan menjadi medium utama kepada pihak sekolah dalam menyalurkan satu-satu maklumat program kepada masyarakat Baling. Walau bagaimanapun, kos yang tinggi, masa yang terhad, kewangan yang tidak kukuh, sikap negatif terhadap pendidikan serta kekurangan kebolehcapaian adalah antara halangan utama kepada masyarakat Baling mendapatkan maklumat pendidikan yang sewajarnya. Berdasarkan halangan tersebut, masyarakat Baling dilihat memerlukan bantuan penglibatan daripada komuniti setempat dan badan bukan kerajaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan program pendidikan. Pendekatan ‘atas ke bawah’ dan ‘bawah ke atas’ dilihat amat diperlukan untuk memperkasakan masyarakat Baling.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7934
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikanen_US
dc.subjectyang digunakan dalam kalangan masyarakat Balingen_US
dc.titleSistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: