Kesinambungan Perubahan Pemerian Jasad Dan Rupa Tembikar Pra Sejarah Kepada Tembikar Tradisi Melayu
Loading...
Date
2011-08
Authors
Ayob, Salwa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tembikar Melayu tradisi sering dirujuk sebagai seni kraftangan Melayu yang tumbuh secara tersendiri oleh kemasukan pengaruh-pengaruh luar di Semenanjung Tanah Melayu tanpa adanya berhubungkait dengan kewujudan tembikar pra sejarah. Hubungan keduanya dilihat sebagai satu hubungan yang terputus (missing link) oleh arus masa terutamanya dalam mempertikaikan asal usul Melayu itu sendiri dikatakan tidak berkaitan dengan masyarakat terdahulu atau dalam erti kata lain masyarakat asli yang ada pada hari ini. Apatah lagi masyarakat asli yang wujud pada hari ini tidak pula memiliki kemahiran dalam pembuatan tembikar. Namun ciri-ciri kesamaan dari segi teknik, bentuk, rupa dan motif yang ada pada hari ini juga terkesan penggunaanya pada masa lalu, jestru penyelidikan ini cuba mengenalpasti kesinambungan keduanya dengan berbekalkan data-data arkeologi secara periodisasi yang dibandingkan dengan dapatan dari kajian kes perusahaan tembikar Melayu tradisi yang masih berbekal kini. Pada masa yang sama penyelidikan ini juga melihat kepada intipati, falsafah dan lain-lain makanisme yang terkandung didalam tembikar tradisi Melayu yang tidak diketengahkan sebelumnya. Pembinaan pengkalan data bagi rupa, bentuk dan motif tembikar Melayu tradisi yang belum wujud sebelum ini juga dititikberatkan sebagai sumber perolehan data dan sebagai panduan serta rujukan bagi para penyelidik disetiap bidang yang berkaitan dengan tembikar tanah yang mana sebahagian besar perusahaanya telahpun lenyap ditelan zaman. Dapatan penyelidikan memperlihatkan akan adanya bukti-bukti kesinambungan bentuk dan motif serta teknik pembuatan tembikar yang diakui tidak berubah sejak dari zaman purba. Falsafah serta intipati pembuatan tembikar Melayu juga menemukan pelbagai mitos, peradaban dan pantang larang yang digunapakai satu ketika dahulu. Terdapat juga lokasi kajian kes yang masih berpegang kuat pada tradisi ini seiring dengan ciri-ciri seni Melayu yang lestari. Jesteru penyelidikan ini amat singnifikan sebagai pembuka jalan bagi pra penyelidik dalam bidang-bidang berkiatan tembikar dimasa hadapan. Sesungguhnya perwarisan sesuatu bentuk seni Melayu itu amat penting berbanding penciptaanya.
Description
Keywords
Kesinambungan perubahan pemerian jasad , rupa tembikar pra sejarah