Pemahaman Pekerja Seks Komersial (Psk) Tentang Hiv/Aids: Kajian Di Desa Amis, Indramayu, Indonesia
Loading...
Date
2014-02
Authors
Indrakentjana, Bambang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Salah satu penyumbang kepada epidemik HIV/AIDS adalah melalui aktiviti
pelacuran oleh Pekerja Seks Komersial (PSK). Hubungan seks yang dilakukan oleh
PSK mempunyai risiko yang paling tinggi untuk jangkitan HIV/AIDS. Objektif kajian
ini adalah memahami: (1) latar belakang, keadaan dan permasalahan yang dihadapi
oleh PSK; (2) pemahaman PSK tentang pandemik, transmisi dan rawatan HIV/AIDS;
(3) khidmat sosial yang diperlukan oleh PSK dalam menangani HIV/AIDS; dan (4)
implikasi psikososial jika pendidikan HIV/AIDS tidak diberikan kepada PSK dan
implikasinya ke atas praktis kerja sosial. Kajian kualitatif ini melibatkan informan
yang terdiri daripada 30 orang PSK. Teknik pensampelan bertujuan telah digunakan
untuk mendapatkan responden. Pengumpulan data juga melibatkan teknik
pemerhatian, temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus. Dapatan kajian
mendapati bahawa faktor penyumbang kepada seseorang menjadi PSK merangkumi
kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah, kewujudan budaya pelacuran dan faktor
permintaan dari pelanggan untuk mendapatkan khidmat seks. Beberapa permasalahan
yang dihadapi oleh PSK melibatkan pengalaman diseksa, dipaksa melakukan
hubungan seks, diperas ugut oleh “bapa ayam” atau “mucikari”, serta dijangkiti
penyakit kelamin termasuk HIV/AIDS. Pemahaman PSK terhadap HIV/AIDS yang
meliputi aspek pandemik, jangkitan dan rawatan adalah sangat rendah. Keadaan ini
yang membuatkan PSK tidak mengamalkan hubungan seks yang selamat melalui
penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seksual.
Description
Keywords
Pekerja Seks Komersial , Hiv/Aids