Pengaruh Moderasi Kapasiti Kepimpinan Diri Guru Terhadap Hubungan Antara Organisasi Pembelajaran Dengan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia
dc.contributor.author | Aramugam, Thilagavathy | |
dc.date.accessioned | 2016-04-08T06:50:29Z | |
dc.date.available | 2016-04-08T06:50:29Z | |
dc.date.issued | 2014-05 | |
dc.description.abstract | Pada masa kini kapasiti kepimpinan guru, organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru amat penting dalam sekolah berautonomi seperti sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran dalam kalangan guru di sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji pengaruh kapasiti kepimpinan guru terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berkenaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengaruh moderasi kapasiti kepimpinan guru terhadap hubungan antara organisasi pembelajaran dengan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual separa berstruktur untuk memperoleh data. Data bagi kajian kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri berskala Likert yang diubah suai daripada instrumen Middle School Teacher Survey (MSTS) bagi instrumen organisasi pembelajaran, Leadership Capacity Staf Survey (LCSSI) bagi instrumen kapasiti kepimpinan guru dan insrumen komitmen kualiti pengajaran guru pula diambil daripada Wai Yen Chan (2008) & Janssen (2000). Seramai 388 orang guru telah dipilih secara rawak daripada 43 buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/1809 | |
dc.subject | Pengaruh Moderasi Kapasiti Kepimpinan Diri Guru Terhadap Hubungan Antara Organisasi Pembelajaran | en_US |
dc.subject | Dengan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia | en_US |
dc.title | Pengaruh Moderasi Kapasiti Kepimpinan Diri Guru Terhadap Hubungan Antara Organisasi Pembelajaran Dengan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: