Konsepsi peranan nasional Indonesia terhadap kerjasama keselamatan serantau : antara dasar dan hakikat
Loading...
Date
2001
Authors
Sabri, Rosmery
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini mengkaji Konsepsi Peranan Nasional (KPN) Indonesia
terhadap kerjasama keselamatan serantau ASEAN. Secara rasmi
Indonesia telah menjalankan KPN Bebas Aktif sama,. ada untuk
peringkat serantau (regional level) mahupun global. KPN Bebas Aktif .
bermakna sebagai kehendak bangsa Indonesia untuk tidak berlindung
kepada sebarang negara kuasa besar sama ada blok kominis
mahupun blok kapitalis. Namun demikian, tetap aktif mewujudkan
perdamaian dunia bagi kesejahteraan ummat manusia.
Namun demikian, berasaskan analisis penulis terhadap
semakin ramainya aktiviti luaran Indonesia selepas perang dingin ini,
menampakkan kecenderungan bahawa Indonesia berupaya juga
menjalankan konsepsi peranan nasional sebagai pemimpin serantau.
Dengan demikian dapat disampaikan bahawa KPN Bebas Aktif secara
rasmi ditubuhkan oleh pemerintah sebagai tuntunan dasar luar
Indonesia sedangkan KPN Regional Leader adalah satu peranan yang
juga berupaya dijalankan oleh pemerintahan Indonesia dibawah pimpinan presiden Suharto; sekalipun secara rasmi perkara ini tidak
pemah disampaikan oleh pemerintah.
Kajian ini mendapati cabaran bahawa konsepsi peranan
nasional yang dikemukakan oleh Holsti adalah relevan untuk
menjelaskan KPN Indonesia, terhadap kerjasama keselamatan
serantau ASEAN selepas perang dingin. Terdapat tiga sokongan yang
patut disampaikan iaitu: Peranan Mencabar Penggubal Keputusan.
Dalam kajian Konsepsi Peranan Nasional, unit analisis "decision
maker" lebih dipentingkan daripada unit-unit analisis lainnya dan ini
selari dengan corak pengambilan keputusan dasar luar Indonesia
sebahagian besar masih bertumpu kepada presiden Suharto. Alasan kedua adalah, Pentingnya Hubungan Serantau. Kajian
Konsepsi Peranan Nasional menekankan bahawa dalam sistim
hubungan antarabangsa setiap negara akan lebih mementingkan
hubungan berasaskan kedekatan geografis. Hal ini selari dengan
pandangan Indonesia yang menempatkan ASEAN sebagai pilar utama
dasar luarnya. Alasan terakhir adalah berasaskan pemahaman
bahawa selepas perang dingin ini, Konsepsi Peranan Nasional yang
dijalankan oleh pemerintah negara-negara berdaulat tidak harus
mengikuti orientasi negara-negara kuasa besar sahaja, sebagaimana
halnya semasa perang dingin. Indonesia dibawah presiden Suharto telah menubuhkan KPN Bebas Aktif dan dijangka juga ingin
menjalankan KPN Pemimpin Serantau. Orientasi ini dijalankan
dianggap oleh presiden Suharto selari dengan kepentingan nasional
Indonesia, terlepas kehendak negara-negara kuasa besar.
Kajian ini pada akhimya berhujah bahawa kondisi objektif
kebangsaan pemerintahan Suharto belum cukup memberikan
sokongan bagi keupayaan menjalankan KPN Bebas Aktif dan KPN
Pemimpin Serantau. Dalam amalan menunjukkan bahawa rendahnya
kuasa nasional sebagai akibat dari kemelesetan ekonomi, politik, dan
sosial; telah menjadi sekatan yang tidak boleh dinafikan bagi
keupayan menggalakkan KPN Bebas Aktif dan KPN Pemimpin
Serantau. Akhimya penulis dapat berhujah bahawa kedua bentuk
KPN tersebut hanya didapati pacta peringkat dasar Dan belum mampu
diwujudkan kedalam hakikat.
Description
Keywords
Konsepsi Peranan Nasional (KPN)