Penggunaan Internet di kalangan remaja : hubungannya dengan ciri Internet, kandungan Internet dan latar diri pengguna

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-04
Authors
Ahmad, Mohd. Khairie
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Internet dikatakan merupakan satu media baru yang begitu popular di kalangan remaja masa kini. Sebagaimana menurut para sarjana, faktor-faktor yang ada pada sesuatu media itu dan ciri-ciri yang dimiliki oleh pengguna seringkali menjadi penentu penggunaannya. Oleh itu kajian ini bertujuan meninjau adakah ciri unik pada internet iaitu interaktif dan. hipermedia mempunyai hubungan dengan minat remaja menggunakannya. Memandang juga internet begitu cepat popular, maka ingin diketahui apakah tujuan utama remaja menggunakannya. Malah adakah faktor demografi seperti latar pendidikan dan ekonomi juga berperanan membentuk pola penggunaannya. Justeru itu satu kajian yang meliputi pengguna remaja internet di Pedis, Kedah dan Pulau Pinang telah dijalankan. Berdasarkan kajian ke atas 124 responden remaja, didapati ciri interaktif dan hipermedia yang ada pada internet mempunyai hubungan signifiken dengan minat remaJa menggunakannya. Hasil kajian turut mengenalpasti bahawa tujuan utama responden menggunakan internet adalah untuk suatu gaya hidup di samping tujuan pendidikan/kerja dan hiburan. Selain dari itu turut ·didapati terdapat perbezaan pola dalam tujuan penggunaan internet berdasarkan taraf pendidikan responden. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kefahaman asas mengenai ciri dan kandungan internet serta kaitannya dengan para pengguna remaja
Description
Keywords
Ciri interaktif dan hipermedia yang ada pada internet , mempunyai hubungan signifiken dengan minat remaJa menggunakannya.
Citation