Hubungan perilaku berdasarkan belanjawan dan prestasi pengurus perladangan : motivasi dan sikap sebagai pencelah
dc.contributor.author | Hutagalung, Galumbang | |
dc.date.accessioned | 2017-07-06T08:14:24Z | |
dc.date.available | 2017-07-06T08:14:24Z | |
dc.date.issued | 2005-07 | |
dc.description.abstract | Kajian ini mengkaji pengaruh perilaku berdasarkan belanjawan dan prestasi pengurus perladangan. Dimensi-dimensi perilaku berdasarkan belanjawan dikenalpasti dalam penyelidikan ini ialah penyertaan dalam belanjawan, tekanan belanjawan, komunikasi belanjawan, dan kebolehan berubah. Tumpuan juga adalah untuk melihat kesan motivasi (motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik) dan sikap (sikap terhadap pekerjaan dan sikap terhadap perusahaan) sebagai pembolehubah pencelah. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang berstruktur dan dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Sebanyak 179 pengurus yang terlibat dalam proses dan amalan belanjawan dalam industri perladangan di Indonesia telah memberi maklum balas ke atas soal selidik. Kajian ini mendapati bahawa perilaku berdasarkan belanjawan mempunyai hubungan yang positif secara signifikan dengan prestasi kerja pengurus ladang. Penyertaan dalam belanjawan dan kebolehan berubah mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif ke atas prestasi kerja pengurus ladang. Manakala tekanan belanjawan dan komunikasi belanjawan tidak mempunyai pengaruh yang signifikan: Analisis regresi berhirarki juga dilakukan untuk mengenalpasti peranan motivasi dan sikap sebagai pembolehubah pencelah. ·Ana lis is mendapati bahawa motivasi (motivasi intrinsik) mempunyai kesan sebagai pembolehubah pencelah ke atas perhubungan penyertaan dalam belanjawan dengan prestasi pengurus ladang, dan juga ke atas perhubungan antara kebolehan berubah dengan prestasi kerja pengurus ladang. Manakala motivasi ekstrinsik, sikap terhadap pekerjaan, dan sikap terhadap perusahaan adalah didapati tidak wujud sebagai pembolehubah pencelah. Oleh itu kajian ini mendapati bahawa motivasi (motivasi intrinsik) lebih berperanan memediasi hubungan antara perilaku berdasarkan belanjawan (penyertaan dalam belanjawan dan kebolehan berubah) dengan prestasi pengurus ladang dibandingkan dengan sikap. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4128 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Belanjawan dan komunikasi belanjawan | en_US |
dc.title | Hubungan perilaku berdasarkan belanjawan dan prestasi pengurus perladangan : motivasi dan sikap sebagai pencelah | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: