Dasar Ekonomi Baru: Kesan Sosioekonomi Di Daerah Manjung, Perak (1970-1990)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
BOHARI, HARZIDATUL' AINI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan pada persoalan sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang telah diimplementasi dari 1970 hingga 1990 memberi kesan kepada sosioekonomi penduduk daerah Manjung. Kajian meliputi tempoh selama 20 tahun bermula daripada pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak pada 1970. Kajian ini juga cuba meninjau sejauh manakah dua matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tercapai di daerah Manjung. Penilaian berkaitan pencapaian DEB ini diukur dari aspek ekonomi, penyertaan orang Melayu dalam sektor ekonomi moden, taraf hidup masyarakat, dan pembangunan infrastruktur. Kajian ini menggunakan sumber pertama dan kedua yang diperoleh di Arkib Negara Malaysia dan jabatan kerajaan serta hasil temu bual dengan pihak pentadbir dan penduduk di daerah Manjung. Dapatan kajian ini berjaya menjelaskan bahawa dua matlamat DEB telah berjaya dilaksanakan berdasarkan pembaharuan-pembaharuan yang dicapai dalam sektor ekonomi dan sosial sepanjang 20 tahun pelaksanaan. Perkembangan positif dalam aspek pembangunan infrastruktur di daerah Manjung juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kejayaan DEB di daerah Manjung.
Description
Keywords
Dasar Ekonomi Baru , Kesan Sosioekonomi Di Daerah Manjung, Perak (1970-1990)
Citation