Pemberdayaan Sosioekonomi Usahawanan Mikro Pelancongan Pulau Langkawi

dc.contributor.authorNordin, Aleff Omar Shah
dc.date.accessioned2019-09-05T06:36:32Z
dc.date.available2019-09-05T06:36:32Z
dc.date.issued2017-03
dc.description.abstractKeusahawanan mikro berasaskan pelancongan mempunyai potensi yang besar dalam membangunkan kawasan luar bandar dan memberikan impak positif terhadap pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar. Dalam hubungan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat impak pemberdayaan sosioekonomi melalui penyertaan komuniti tempatan dalam perniagaan mikro berasaskan pelancongan khususnya di Pulau Langkawi. Di samping itu, kajian ini juga melihat kepada kelangsungan perniagaan mikro pelancongan dalam skop jangka masa panjang dengan membuat penilaian terhadap prestasi perniagaan, mengenalpasti masalah dan menilai persepsi usahawan mikro pelancongan terhadap perniagaan dalam sektor pelancongan serta peranan pihak berkuasa dalam memberdayakan ekonomi usahawan mikro pelancongan di Pulau Langkawi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mendapatkan maklumbalas daripada 263 orang usahawan mikro pelancongan di Pulau Langkawi. Untuk mencapai objektif dalam kajian ini, kaedah analisis faktor, analisis kebolehpercayaan, kolerasi, khi kuasa dua, ANOVA dan regresi berbilang telah digunapakai. Hasil kajian menunjukkan usahawan mikro pelancongan telah menyumbang kepada penjanaan peluang pekerjaan, meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup mereka. Hasil kajian juga membuktikan bahawa penglibatan mereka dalam perniagaan mikro pelancongan telah menunjukkan peningkatan prestasi perniagaan yang ketara berdasarkan kepada penilaian kritikal dalam tempoh masa 5 tahun. Selain itu, hasil kajian mendapati tiga masalah utama yang dihadapi oleh para usahawan mikro pelancongan di Langkawi ialah kekangan kewangan, masalah pengurusan perniagaan dan masalah pemasaran perniagaan. Berdasarkan kepada persepsi usahawan pula, majoriti daripada usahawan bersetuju bahawa perniagaan dalam sektor pelancongan telah menyuntik impak yang positif daripada pelbagai aspek kehidupan mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8824
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemberdayaan sosioekonomi usahawananen_US
dc.subjectmikro pelancongan Pulau Langkawien_US
dc.titlePemberdayaan Sosioekonomi Usahawanan Mikro Pelancongan Pulau Langkawien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: