Perlaksanaan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta Di Peringkat Pra-Pembinaan

dc.contributor.authorKhaderi, Shamsida Saidan
dc.date.accessioned2020-02-18T03:34:41Z
dc.date.available2020-02-18T03:34:41Z
dc.date.issued2011
dc.description.abstractInisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di Malaysia telah dihujani oleh pelbagai kontroversi dan kritikan sejak dari perlaksanaannya. Namun, penyelidikan mendalam terhadap perlaksanaan PFI amat kekurangan. Oleh itu, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PFI di peringkat pra-pembinaan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut iaitu: untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan PFI Malaysia berbanding dengan negara lain, untuk mengenalpasti isu-isu dan kekangan yang timbul, untuk menentukan ciri-ciri utama dan faktor kejayaan dan akhirnya membangunkan satu rangka kerja bagi meningkatkan perlaksanaan projek PFI. Data kajian didapati dari kaedah kajian temubual semi-struktur ke atas 35 orang pakar dan sembilan kajian kes (di mana setiap tiga kes mewakili PFI Mod 1, PFI Mod 2 dan PFI Mod 3). Penemuan kajian mendapati berbezaan perlaksanaan PFI di Malaysia dengan negara lain adalah berdasarkan kepada tujuan, pembiayaan, pengurusan, pengagihan risiko dan penyelenggaraan. Tujuh isu dan kekangan telah dikenal pasti iaitu: spesifikasi output dan penyataan keperluan yang tidak jelas, ketidak telusan, campurtangan politik, kekaburan garis panduan, pemberian kontrak langsung, kekurangan elemen penyelenggaraan dan kekaburan konsep PFI. Sepuluh faktor kejayaan telah dikenal pasti iaitu: pengagihan risiko yang adil, kerjasama awam swasta, spesifikasi output yang komprehensif, nilai untuk wang, budaya penyelenggaraan, inovasi, pembayaran berdasarkan prestasi, kos keseluruhan memenuhi jangka hayat, ketelusan dan pembiayaan. Struktur rangka kerja bagi meningkatkan perlaksanaan projek PFI di peringkat pra-pembinaan dibangunkan setelah ujian dan pengesahan dijalankan oleh para pengamal industri. Rangka kerja ini dijangka dapat membantu pihak penggiat industri terutamanya pihak kontraktor di dalam membuat keputusan yang baik dalam menjalankan projek PFI.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/9534
dc.language.isootheren_US
dc.subjectConstruction industryen_US
dc.titlePerlaksanaan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta Di Peringkat Pra-Pembinaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: