Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Fizik Di Sekolah Kawasan Felda

dc.contributor.authorJusoh, Azman
dc.date.accessioned2016-11-24T02:17:12Z
dc.date.available2016-11-24T02:17:12Z
dc.date.issued2002-05
dc.description.abstractejak tiga dekad yang laIu, pengkaji-pengkaji pendidikan antarabangsa telah menunjukkan pertambahan minat yang mendalam ke atas kajian terhadap ciri-ciri psikososial persekitaran pembelajaran. Implikasi praktikaI daripada kajian ini iaIah, basil-basil pembelajaran pelajar mungkin boleh ditingkatkan melalui pembentukan persekitaran pembelajaran yang Iebih kondusif untuk proses pembelajaran pelajar. Persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran, dan bubungannya dengan basil-hasil pembelajaran pelajar merupakan salah satu tradisi kajian yang terdapat dalam bidang ini. DaIam kajian ini, objektif kajian dijaIankan adalah untuk mengkaji: - persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran Fizik, sikap pelajar terhadap Fizik, hubungan di antara persekitaran pembelajaran Fizik dengan sikap pelajar terhadap Fizik, dan perbezaan persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran sebenar Fizik dengan persekitaran pembelajaran Fizik yang diinginkan. Data diperolehi melalui instrumen SPPSF yang diberikan kepada 506 pelajar Fizik di sekolah kawasan Felda. Analisis statistik deskriptif, ujian-t dan tiga teknik analisis korelasi digunakan untuk menganalisis data yang dikumpu1kan. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa:- pelajar Fizik mempunyai persepsi yang negatif ke atas persekitaran pembelajaran Fizik, sikap pelajar adalah positif terhadap Fizik, terdapat hubungan yang signifikan di antara persekitaran pembelajaran Fizik dengan sikap pelajar terhadap Fizik, dan terdapat perbezaan yang signilikan di antara persepsi pelajar ke atas persekitaran pembeJajaran sebenar Fizik dan persekitaran pembelajaran Fizik yang diinginkan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3188
dc.subjectFiziken_US
dc.subjectSikap Pelajaren_US
dc.titlePersepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Fizik Di Sekolah Kawasan Feldaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: