Dakwah kepada musyrikin berdasarkan surah Al-An'am : satu kajian penerapannya terhadap orang asli di negeri Selangor

dc.contributor.authorSyed Hussin, Syed Abdurahman
dc.date.accessioned2017-08-03T08:27:34Z
dc.date.available2017-08-03T08:27:34Z
dc.date.issued2003
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengenal pasti metod dakwah terhadap golongan musyrikin yang terkandung dalam surah al-An'am yang memfokuskan seluruh pembicaraannya terhadap permasalahan syirik dari berbagai aspeknya serta cara berdakwah terhadap penganutnya dengan tujuan menerlahkan metod tersebut untuk menjadi panduan dalam berdakwah. Di samping itu juga bagi mengenal pasti sejauhmana penerapan metod yang terkandung dalam surah tersebut telah diimplimentasikan oleh pendakwah dalam kegiatan dakwahnya terhadap Orang Asli di Negeri Selangor. Secara umumnya kajian ini telah membincangkan konsep dakwah dalam ilmu pendakwahan dengan menyentuh pengertian dakwah dan keperluan manusia terhadapnya. hukum berdakwah. manhaj dakwah, wasail (saluran) dakwah, usluh dakwah dan sasarannya. Seterusnya kajian ini telah menggarapkan pendekatan-pendekatan dalam berdakwah kepada musyrikin yang terkandung dalam surah al-An 'am yang terdiri dari pendekatan isi dakwah serta pendekatan penyampaian. Kajian ini juga memperlihatkan kegiatan-kegiatan dakwah yang dilakukan oleh pelbagai institusi dakwah serta pendekatannya, di samping menyorot pelbagai permasalahan dan halangan dalam mempraktikkan metod dakwah anjuran surah al-An'am dalam pendakwahannya terhadap Orang Asli di Negeri Selangor. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan institusi dakwah yang melakukan usaha dakwahnya terhadap Orang Asli di Negeri Selangor setakat ini lebih banyak menggunakan pendekatan dakwah bi al-hal berbanding penjelasan mengenai Islam secara terus, kecuali selepas mereka memeluk Islam. Pemelukan Islam di kalangan Orang Asli Selangor masih baru serta pengetahuan Islam mereka juga masih di peringkat mempelajari asas Islam terutamanya fardu ain. Pendekatan dakwan bi al-hal juga lebih banyak digunakan kerana ianya berkait rapat dengan suasana kehidupan Orang Asli yang amat jauh bezanya dengan masyarakat Arab di awal Islam dari berbagai sudut, di samping sikap mereka yang terialu kuat berpegang dengan adat resam dan tradisi yang diwarisi, serta sikap prajudis yang masih menebal terhadap Orang Melayu dan Islam. Dengan itu pendekatan yang dianjurkan dalam surah al-An 'am tidak dapat dipraktikkan sekali gus sebaliknya perlu disesuaikan dengan keadaan Orang Asli dari berbagai aspeknya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4310
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectIlmu pendakwahanen_US
dc.titleDakwah kepada musyrikin berdasarkan surah Al-An'am : satu kajian penerapannya terhadap orang asli di negeri Selangoren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: