Kesan Pembangunan Bandar Terhadap Kawasan Pertanian Kawasan Kajian: Koridor Pembangunan Butterworth- Bukit Mertajam

dc.contributor.authorNikan Anak Remang
dc.date.accessioned2017-02-21T06:13:03Z
dc.date.available2017-02-21T06:13:03Z
dc.date.issued2007-04
dc.description.abstractKajian ini adalah untuk melihat perkembangan guna tanah kawasan yang berasingan iaitu kawasan Butterworth dan Bukit Mertajam daripada tahun 1985 hingga 2005 di mana ia telah bertembung dan bercantum membentuk satu koridor pembangunan pada masa kini. Pada masa yang sama perkembangan kedua-dua bandar ini telah memberikan banyak kesan kepada kawasan pertanian. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada pengurangan saiz kawasan pertanian dari tahun 1985 hingga 2005. Bagi menjalankan kajian ini, ia akan melibatkan analisis secara siri masa dan perbandingan antara komponen guna tanah yang berkembang bagi tempoh masa tersebut. Di sini kawasan Seberang Perai Utara dan Tengah iaitu di kawasan sekitar Bandar Butterworth dan bahagian selatan Seberang Perai dan Bukit Mertajam yang pada mulanya merupakan kawasan pertanian telah dibangunkan dengan pelbagai pembangunan seperti komersial, perindustrian dan kediaman serta pengangkutan. Dalam masa yang sama langkah pengekalan kawasan pertanian turut dilakukan tetapi ia masih tidak mampu mempertahankan kawasan ini terus kekal sebagai kawasan pertanian. Dengan ini, diharapkan kajian ini akan membantu dalam memahami corak perkembangan guna tanah yang telah berlaku di negara kita. Seterusnya ia juga diharapkan dapat membantu dalam pembentuk strategi pembangunan mampan kerana setiap pembangunan tanah yang berlaku akan menyebabkan kita kehilangan sumber tanah yang bemilai khasnya untuk aktiviti pertanian.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3760
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan pembangunan bandar terhadapen_US
dc.subjectkawasan pertanian.en_US
dc.titleKesan Pembangunan Bandar Terhadap Kawasan Pertanian Kawasan Kajian: Koridor Pembangunan Butterworth- Bukit Mertajamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: