Pengetahuan jururawat berkaitan kesakitan dan pengurusan kesakitan akut pesakit posoperatif
Loading...
Date
2003
Authors
Ding, Rosemary Ping
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian
Kajian bertujuan untuk menghuraikan pengetahuan jururawat dan meninjau
pengurusan kesakitan akut pesakit posoperatif di unit-unit surgeri.
Metodologi kajian
Kajian deskriptif digunakan untuk meninjau pengetahuan berkaitan kesakitan
dan pengurusan kesakitan akut pesakit posoperatif melalui penggunaan
borang kaji selidik yang telah diubahsuai ·dari Henkel, (2000). Semua data
dikumpulkan dan dikelaskan kepada lima kategori utama iaitu pengetahuan
berkaitan ciri-ciri kesakitan, fisiologi kesakitan, pentafsiran kesakitan,
pengurusan kesakitan dan pengubatan kesakitan. Seramai 68 sampel
jururawat dari unit-unit surgeri telah menyertai kajian ini.
Keputusan kajian
Majoriti jururawat 94o/o, melaporkan kesakitan adalah sekumpulan tanda atau
simptom yang boleh dikesan oleh jururawat. Selain itu, sebanyak 88°/o
melaporkan rawatan sakit bergantung kepada jenis pembedahan dengan
4 ?o/o menyatakan bahawa jenis prosedur pembedahan torasik menyebabkan
kesakitan pesakit pada tahap sederhana sehingga tahap teruk dan 52°/o
bersetuju bahawa kesakitan posoperatif adalah contoh kesakitan akut.
Sebanyak 19°/o menyatakan masalah iskemia tisu merupakan perubahan
fisiologi kesakitan. Namun begitu, 69°/o mampu mengetahui perkaitan
masalah-masalah lain yang terlibat dalam kesakitan tidak terkawal. Selain itu,
majoriti 50o/o melaporkan kadar sebenar kesakitan harus dinilai melalui aduan
pesakit dan bukannya melalui penilaian jururawat serta 56°/o melaporkan
pesakit tidak harus digalakkan menunggu sehingga kesakitan merekamelebihi tahap sederhana sebelum diberi pengubatan analgesik. Walau
bagaimanapun dalam pengurusan kesakitan, hanya 32°/o sahaja yang
melaporkan bahawa pesakit akan mula berasa lega dalam masa antara 15-45
min it selepas pesakit diberi suntikan 10 mg Morfin secara intramuskular dan
28o/o memberi skor 5-6 pada skala kesakitan (kategori sakit peringkat teruk)
sebagai pengurusan kesakitan yang dianggap paling efektif bagi seseorang
pesakit. Namun begitu, majoriti 27°/o mengetahui bahawa Naloxone atau
Narcan adalah rawatan prioriti dalam rawatan depresi respiratori. Dari aspek
pengubatan kesakitan pula, majoriti 59°/o mengetahui "Nonsteroidal antiinflammatory
drugs" (NSAID) bertindak mengganggu pembentukan
prostaglandin, 72°/o mengetahui Ibuprofen adalah salah satu contoh
pengubatan NSAID, 68°/o mengetahui depresi respiratori adalah kesan
sampingan analgesik Opioid dan 62o/o mengetahui bahawa Fentanyl adalah
analgesik narkotik. Namun begitu, terdapat beberapa aspek pengetahuan dan
pengurusan kesakitan yang telah dikenalpasti dalam kajian untuk diberi
penekanan lanjut.
Kesimpulan
Keputusan penyelidikan ini menunjukkan terdapat kepelbagaian dalam
pengetahuan dan pengurusan kesakitan yang membawa kepa.da
ketidakseragaman rawatan serta mempengaruhi implikasi dalam
perkembangan kualiti praktis pengurusan dan pendidikan berkaitan kesakitan.
Justeru itu, cadangan untuk menggalakkan penyertaan jururawat dalam
program pendidikan, latihan, seminar, kursus, bengkel dan seumpamanya
amatlah penting untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan kesakitan dan
amalan pengurusan dalam meningkatkan kualiti perawatan pesakit.
Description
Keywords
Anesthesiology