Program Pertukaran Jarum Suntikan Dan Picagari Di Malaysia : Cabaran Dalam Mengkoordinasikan Agensi Berkepentingan Sebagai Satu Jaringan Sosial Formal
Loading...
Date
2010-11
Authors
Zakaria, Ezarina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penglibatan agensi pelbagai sektor dalam melaksanakan Program Pertukaran Jarum Suntikan dan Picagari (NSEP) adalah penting. Walau bagaimanapun cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi ini sebagai aktor jaringan sosial masih kurang difahami. Agensi berkepentingan cenderung berbeza antara satu sama lain daripada segi pengalaman, perspektif, ideologi dan kedudukan organisasi. Kajian eksploritari ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi berkepentingan bagi NSEP. Enam agensi telah dipilih secara bertujuan sebagai responden. Agensi-agensi ini merupakan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Setiap agensi telah memilih wakil mereka untuk ditemubual bagi pihak agensi. Kajian kualitatif ini menggunakan strategi abduktif dan kaedah temubual bersemuka dalam pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan agensi yang dipilih mempunyai pengetahuan yang baik tentang objektif, falsafah dan intervensi NSEP. Walau bagaimanapun hanya agensi pelaksana selaku agensi utama menjalankan NSEP sahaja yang mempunyai maklumat bagaimana sebenarnya NSEP dilaksanakan di lapangan. Kajian ini juga mendapati cabaran mengkoordinasikan agensi didorong oleh tiga faktor utama iaitu i) faktor organisasi, ii) faktor teknikal dan saluran maklumat serta iii) faktor polisi sosial. Faktor organisasi meliputi isu yang dipengaruhi oleh perbezaan perspektif dan nilai antara agensi. Faktor teknikal dan saluran maklumat mengetengahkan isu kegagalan penyaluran maklumat spesifik di antara agensi pada setiap peringkat pelaksanaan NSEP. Manakala polisi sosial menimbulkan isu implementasi serta pemantauan kerana NSEP bercanggah dengan polisi pemulihan pengguna dadah dan Akta Dadah Merbahaya di Malaysia.
Description
Keywords
Program Pertukaran Jarum Suntikan Dan Picagari Di Malaysia , Sebagai Satu Jaringan Sosial Formal