Elemen Sokongan Di Pintu Masuk Sempaoan Malaysia-Thailand Sebagai Tarikan Pelancongan Kajian Kes: Wang Kelian, Perlis
Loading...
Date
2003-03
Authors
Ferdan, Shahriman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pembangunan bandar sempadan sebagai tarikan pelancongan merupakan
satu tren yang semakin berkembang pada hari ini. Kebanyakaq bandarbandar
sempadan ini bergantung kepada sektor pelancongan dalam
menjana ekonomi sekitarnya. Sebagai contoh, pembangunan bandar
sempadan yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand ialah seperti
Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan
yang terbaru ialah Wang KeHan di Perlis,
Sekiranya kita membuat perbandi~gan antara bandar-bandar sempadan
tersebut, kita pasti akan dapat menilai ban dar yang mana satu terus
dibangunkan oleh kerajaan negeri masing-masing dan yang mana satu masih
kekal di takuk lama, Sekiranya dibangunkan pula kita pasti akan dapat
membezakan yang mana satu telah dibangunkan secara terancang, dan yang
mana satu dibangunkan secara bersimpang siur ataupun tidak tentu arah,
Kesemua yang dibincangkan ini merupakan corak perkembangan bandar
sempadan di sempadan Malaysia-Thailand.
Sekiranya dibandingkan dengan Wang Kelian, didapati perkembangan pintu
sempadan tersebut sebenamya mempunyai lebih pakej untuk menarik
pelancong ke sana. Kedudukan geografinya yang baik menjadikan ia sebagai
satu destinasi pelancongan yang popular termasuklah bagi penggemar ekopelancongan.
Description
Keywords
Pembangunan bandar sempadan sebagai tarikan pelancongan merupakan , satu tren yang semakin berkembang