Peranan Kawasan Lapang Di Kawasan Perumahan Sebagai Tempat Interaksi Antara Penduduk. Kajiankes: Bandar Indera Mahkota 1 Dan 2, Kuantan
Loading...
Date
2000-03
Authors
Ghazali, Mohd Hazmi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kawasan lapang merupakan satu kawasan yang tidak mempunyai apa-apa, kosong
dan tidak mempunyai struktur binaan. Tetapi ia boleh berperanan sebagai
penggalak interaksi antara penduduk sesebuah kawasan perumahan. Situasi ini
menjadi sebab utama pihak berkuasa tempatan mengarahkan pemaju menyediakan
satu kawasan lapang apabila mereka mengemukakan permohonan untuk membina
sesuatu kawasan perumahan pelan pembangunan perumahan.
Penyediaan elemen dan kemudahan yang lengkap mestilah bersesuaian dengan
penduduk kerana ia mendorong penduduk untuk berinteraksi semasa berada di
kawasan lapang. Perancangan fizikal dan perancangan sosial perlu seiring dalam
menggalakkan pengunjung datang ke kawasan lapang di sesebuah kawasan
perumahan·untuk melakukan aktiviti.
Masyarakat yang tinggal dalam sebuah kawasan perumahan perlu memupuk
semangat kejiranan yang tinggi antara penduduk. Ia bertujuan untuk merapatkan
hubungan silaturrahim, tiada perasaan prasangka, meJ1iamin keselamatan dan tolong
menolong jika mengalami kesusahan atau sebarang kesulitan.
Jika perancangan penyediaan kawasan lapang di buat dengan teliti, maka usaha
yang di lakukan untuk menggalakkan interaksi antara penduduk akan tercapai
dengan baik. Oleh itu, setiap kawasan lapang yang disediakan oleh pemaju mestilah
dapat trW:mberi faedah dan kelebihan kepada semua pihak terutama penduduk.
Description
Keywords
Kawasan lapang merupakan satu kawasan , interaksi antara penduduk sesebuah kawasan perumahan.