Menilai Cara Menangani Stres di Kalangan Jururawat Baru di Hospital Universiti Sains Malaysia
Loading...
Date
2003
Authors
Sarwin, Nor Farani Md
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pendahuluan: Stres di kalangan pengamal dalam sektor kesihatan mahupun
sektor pekerjaan lain bukan suatu perkara baru. Stres yang berlaku khususnya
dalam bidang kejururawatan, adalah lebih tinggi berbanding stres yang berlaku
dalam sektor pekerjaan lain. Kejururawatan merupakan suatu pekerjaan yang
ban yak mencetuskan stres (Hillhouse, 1997). Keadaan ini akan menyebabkan
gangguan kepada kesihatan pisikologi dan fizikal maka mengganggu praktis
kejururawatan.
Objektif: Kajian ini bertujuan untuk menerangkan keadaan stres di kalangan
jururawat baru di Hospital Universiti Sains Malaysia mengikut kadar kekerapan
melalui data analisa.
Metodologi: Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan akan
mengemukakan tinjauan kajian ini menyentuh berkenaan tahap stres di kalangan
jururawat baru kerana terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kepada
berlakunya stres. Dijalankan sepenuhnya di Hospital Universiti Sains Malaysia
mengikut tempoh masa dari bulan Oktober hingga November. Perolehan data
melalui pengisian borang soalan kaji selidik. Soalan kaji selidik diperolehi dari
Soal Selidik Kesihatan Awam-12 (GHQ12) sebanyak duabelas soalan, soalansoalan
Cara Menangani Stres(CRI) sebanyak enam puluh soalan dan soalan
terbuka iaitu menyatakan pendapat tentang pekerjaan sebanyak lima soalan.
Keputusan: Analisa ke atas empat puluh orang jururawat baru menunjukkan 22
orang (55 %) jururawat baru mempunyai stres dan terdapat 18 orang (45 %) lagi,
Description
Keywords
nursing