Analisis penggunaan kaedah istinbat dalam penetapan fatwa di Malaysia : kajian di jabatan-jabatan mufti terpilih
Loading...
Date
2006-06
Authors
Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Fatwa merupakan hasil ijtihad mufti terhadap pertanyaan mustafti mengenai
sesuatu masalah yang dihadapi. Ia dicapai setelah penelitian dibuat terhadap
sesuatu kes yang dihadapi merujuk kepada sumber-sumber hukum yang sah
menurut syarak. Selain merujuk kepada sumber-sumber yang sah, sesuatu hukum
hanya diperakukan setelah melalui proses istinbat yang menepati kehendak syarak
juga Kajian ini bertujuan menganalisis kaedah-kaedah istinbii! dalam penetapan
fatwa-fatwa rasmi sepanjang tempoh sepuluh tahun mulai tahun 1990 hingga tahun
2000 di Malaysia merujuk kepada fatwa rasmi beberapa pihak berkuasa
mengenainya yang terpilih. Secara khususnya pula, kajian ini berusaha meneliti
empat perkara iaitu ketekalan (consistency) kaedah-kaedah istinbii! yang diikuti
dalam proses pemfatwaan di Malaysia, keterikatan dengan mazhab dalam amalan
pemfatwaan di Malaysia, pematuhan aspek ma.la{lat dan 'urf atau adat setempat
dalam penetapan sesuatu fatwa, dan perbandingan amalan kaedah istinbaf di
beberapa buah Jabatan Mufti di Malaysia.
Description
Keywords
Fatwas , fatwa di Malaysia , nalisis penggunaan kaedah istinbat , kajian di jabatan-jabatan mufti terpilih