Kedudukan Politik Dan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah Terbitan Negeri Johor Sebelum Perang Dunia Kedua

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-03
Authors
Mahfood, Siti Zahrah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tumpuan utama kajian ini adalah meneliti kedudukan politik dan sosioekonomi orang Melayu dalam akhbar dan majalah terbitan negeri Johor sebelum Perang Dunia Kedua. Selain meneliti faktor-faktor yang menjadikan Johor signifikan dalam kegiatan persuratkhabaran dan majalah sebelum Perang Dunia Kedua, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu-isu berhubung kedudukan politik dan sosioekonomi orang Melayu yang dibahaskan dalam akhbar dan majalah terbitan negeri Johor dalam tempoh kajian. Kajian ini juga bertujuan meneliti isuisu tentang wanita yang dibangkitkan oleh majalah wanita keluaran negeri itu khususnya Bulan Melayu dari tahun 1930 hingga 1941. Kajian ini mengunakan kaedah penyelidikan kualitatif sepenuhnya. Sumber primer utama dalam kajian ini ialah akhbar dan majalah yang diterbitkan di Johor sebelum Perang Dunia Kedua dan disokong oleh dokumen-dokumen rasmi dan sumber sekunder yang berkaitan. Secara keseluruhannya, penemuan utama kajian ini ialah akhbar dan majalah di Johor bergerak seiring dengan cita-cita pemodenan negeri tersebut yang telahpun berlangsung sejak pertengahan abad ke-19. Agenda bersifat kenegerian ini, walau bagaimanapun, tidak terpisah daripada agenda kebangsaan. Hal ini kerana melalui rencana-rencana yang disiarkan, perbahasan tentang kemelut dan keluh kesah impak pemodenan cuba diimbangi dengan kritikan, panduan, saranan dan nasihat melalui pelbagai artikel dan surat kiriman pembaca. Perbahasan tentang hal-hal penjajahan, persaingan ekonomi, masalah sosial, isu pendidikan dan isu wanita bukan sahaja ditujukan kepada penduduk di Johor tetapi juga kepada seluruh masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Description
Keywords
Kedudukan politik dan sosioekonomi orang Melayu , dalam akhbar dan majalah terbitan negeri Johor
Citation