Penglibatan Pelbagai Jenis Enzim daripada Aspergillus niger USM F4 dan Aspergillus terreus USM H36 dalam Fermentasi Isirong Kelapa Sawit untuk Makanan Ternakan Ayam Daging

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-07
Authors
HASAN, RAMLI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan untuk penghasilan pelbagai jenis enzim makanan ternakan melalui fermentasi substrat pepejal menggunakan pencilan kulat tempatan untuk memperbaiki nilai pemakanan isirong kelapa sawit (PKC) dan penggunaannya sebagai bahan makanan ternakan ayam daging. Daripada 20 pencilan kulat yang disaring berdasarkan pertumbuhan dan aktiviti enzim yang tinggi, pencilan USM F4 dan USM H36 telah dipilih, dikenalpasti dan dinamakan semula sebagai Aspergillus niger USM F4 dan Aspergillus terreus USM H36. Keadaan pengkulturan selepas penambahbaikan parameter fizikal dan kimia di dalam sistem kelalang Erlenmeyer berisipadu 250 ml adalah jisim substrat 10 g, saiz zarah ≤ 1mm, kandungan air 90% dan 100% (v/w), suhu pengeraman 30±2°C, saiz inokulum 1 x 107 spora/ml, tanpa pengadukan dengan penambahan sumber karbon (molas) 2% dan sumber nitrogen (amonium nitrat) 4% dalam tempoh pengkulturan 5 hari. Di dalam keadaan optimum, A. niger USMF4 menghasilkan enzim maksimum iaitu selulase 72.23±1.03 U/g, α-amilase 487.07±5.73 U/g, fitase 75.86±0.82 U/g dan mannanase 484.34±22.64 U/g. Manakala A. terreus USM H36 menghasilkan xilanase sebanyak 596.32±7.43 U/g dan protease 435.52±4.07 U/g substrat. Proses penambahbaikan sistem telah berjaya meningkatkan penghasilan enzim dalam julat 30.7% - 60.82%. Fermentasi kultur campuran yang dijalankan secara serentak telah menghasilkan enzim selulase 77.48±0.50 U/g, α-amilase 483.45±9.06 U/g, mannanase 696.57±2.64 U/g, fitase 76.48±3.71 U/g, xilanase 534.24±3.14 U/g dan protease 725.87±2.85 U/g dengan peningkatan penghasilan enzim dalam julat 1.49% - 39.86% berbanding pengkulturan tunggal. Penambahbaikan dalam sistem dulang dengan pengadukan setiap 48 jam sekali, telah berjaya meningkatkan penghasilan selulase 96.74±3.17 U/g, α-amilase 607.82±14.53 U/g, mannanase 900.92±13.49 U/g, fitase 87.75±0.46 U/g, xilanase 621.54±6.07 U/g dan protease 785.24±3.86 U/g substrat. Hasil tersebut menunjukkan peningkatan penghasilan enzim dalam julat 24.79% hingga 81.88%dengan kadar penggunaan substrat sebanyak 100 g PKC. Kajian terhadap keupayaan peningkatan penghasilan bahan fermentasi menggunakan bioreaktor SSF skala rintisan berjaya menghasilkan selulase 107.9±2.2 U/g, α-amilase 608.24±37.38 U/g, mannanase 882.24±20.77 U/g, fitase 71.63±3.58 U/g, xilanase 962.12±19.68 U/g dan protease 1,156.46±36.59 U/g pada kadar penggunaan substrat 500 - 600 g dalam tempoh pengkulturan yang lebih singkat 4 hari. Walau bagaimanapun, pada penggunaan substrat sebanyak 1000 g pula, masih dapat menghasilkan enzim pada kadar yang memuaskan iaitu selulase 85.46±3.62 U/g, α-amilase 522.55±71.11 U/g, mannanase 933.19±37.39 U/g, fitase 76.99±1.86 U/g, xilanase 962.13±24.93 U/g dan protease 1,003.78±14.29 U/g. Hasil kajian ini menunjukkan bioreaktor SSF dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis enzim yang boleh memperbaiki nilai pemakanan PKC dan menghasilkan PKC fermentasi (FPKC) dalam jumlah yang lebih banyak dalam satu masa. Nilai protein kasar PKC selepas fermentasi dengan A. niger USM F4 22.97±0.07%, A. terreus USM H36 pula 23.89±0.04% dan kultur campuran menghasilkan 25.5±0.04% atau meningkat dalam julat 46.67% hingga 62.92%. Kajian keupayaan FPKC sebagai bahan tambah dalam makanan ternakan ayam daging menunjukkan kadar pertumbuhan dan pertukaran makanan 11.15 dan 1.72 atau hampir setanding dengan pemberian makanan ternakan komersial iaitu 11.41 dan 1.52 apabila FPKC dicampurkan pada tahap 20% (w/w). Kajian histopatologi ke atas organ-organ dalaman dan kajian hematologi ke atas darah ayam daging yang diberikan makanan mengandungi FPKC tidak menunjukkan kesan ketoksikan berbanding ayam yang diberikan makanan ternakan komersial.
Description
Keywords
Penglibatan Pelbagai Jenis Enzimdaripada Aspergillus Niger Usmf4 Dan Aspergillus Terreususmh36dalamfermentasi , Isirongkelapa Sawit Untuk Makanan Ternakanayamdaging
Citation