Kefahaman Mengenai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Ipta
Loading...
Date
2021-03
Authors
Basir, Siti Norayu Mohd
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini meneroka kefahaman pelajar terhadap nilai keharmonian etnik, jati diri dan kesukarelawanan yang membentuk kecenderungan patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui medium pembelajaran Mata Pelajaran Umum Hubungan Etnik (MPUHE). Kajian ini turut bertujuan mengenal pasti perbezaan dan hubungan skor kecenderungan jenis patriotisme pelajar sebelum dan selepas mengikuti MPUHE dan menganalisa adakah terdapat hubungan antara nilai keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan dengan kecenderungan jenis patriotisme pelajar iaitu patriotisme buta dan patriotisme konstruktif. Lokasi kajian adalah di tiga buah universiti awam yang dipilih secara rawak dalam kelompok universiti berfokus, universiti penyelidikan dan universiti komprehensif. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar universiti yang sedang mengikuti MPUHE dan sampel adalah seramai 351 (N=351) bagi tinjauan dan 12 (N=12) sebagai informan temubual. Pendekatan kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjuan menerusi instrumen soal selidik dan melibatkan seramai 351 sampel (N=351) dan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual bersemuka dengan menggunakan protokol temubual separa struktur dan melibatkan seramai 12 informan (N=12). Informan yang terlibat terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan MPUHE iaitu dalam kalangan pakar bidang, tenaga pengajar dan juga pelajar. Sesi temubual melibatkan pengumpulan maklumat mengenai implikasi pengajaran MPUHE terhadap peningkatan pemahaman pelajar tentang patriotisme secara umum dan nilai patriotisme yang dikaji iaitu keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan. Seterusnya maklumat yang diperolehi hasil dari soal selidik dianalisis menggunakan Ujian T sampel bebas, ujian Anova, ujian korelasi dan regrasi berganda. Hasil analisis ditunjukkan dalam bentuk min dan nilai signifikan. Seterusnya, bagi maklumat yang diperolehi hasil temubual telah dianalisis menggunakan analisis kandungan, penetapan kod dan pembentukan tema dan subtema secara manual. Secara keseluruhan, hasil analisis data menunjukkan terdapat perbezaan skor kefahaman, kecenderungan dan implikasi pengajaran MPUHE terhadap patriotisme pelajar. Hasil analisis juga memperlihatkan hubungan yang sederhana antara patriotisme buta dengan jati diri dan semangat kesukarelawanan dan hubungan yang sederhana antara patriotisme konstruktif dengan keharmonian etnik dan jati diri. Walaupun dapatan hasil soal selidik menunjukkan persetujuan yang tinggi MPUHE mempunyai implikasi yang baik dalam membina kefahaman patriotisme pelajar, hasil temubual menunjukkan 3 orang informan menyatakan sebaliknya. Seterusnya, hasil temubual menemukan faktor keluarga dan agama membina kefahaman dan mempengaruhi kecenderungan patriotisme pelajar.
Description
Keywords
Social sciences