Penilaian Keberkesanan Organisasi Jiran Muda Dalam Kawasan Rukun Tetangga Di Taiping, Perak Darul Ridzuan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-12
Authors
Meor Harun, Meor Azam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan organisasi Jiran Muda dalam Kawasan Rukun Tetangga di Taiping, Perak Darul Ridzuan, walaupun pada hakikatnya organisasi itu dikategorikan tidak aktif. Oleh kerana keaktifan dan keberkesanan merupakan isu yang berbeza, adalah penting untuk menilai penerimaan generasi muda terhadap organisasi berkenaan. Penerimaan generasi muda terhadap organisasi itu merupakan petunjuk keberkesanannya. Pemboleh ubah yang digunakan dalam penyelidikan ini berasaskan skala pengetahuan, penerimaan dan sokongan masyarakat terhadap organisasi itu, berdasarkan persepsi responden. Pengukuran tahap keberkesanan penyelidikan ini berasaskan penilaian yang digunakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi mengkategorikan keaktifan sesebuah Kawasan Rukun Tetangga. Berdasarkan instrumen pengukuran itu, skala keberkesanan bagi penyelidikan ini adalah skor antara 50%-100%. Sampel penyelidikan ini 418 orang responden yang terdiri daripada 305 ahli Jiran Muda dan 113 bukan ahli Jiran Muda dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menubuhkan organisasi itu. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa organisasi Jiran Muda menepati skala keberkesanan berdasarkan skor pemboleh ubah pengetahuan umum 80.9%, dan pengetahuan khusus 71%. Manakala skor pemboleh ubah penerimaan berasaskan sub skala pencapaian matlamat 84.7%, kesatuan dalaman 74% dan penyertaan 78%. Skor bagi pemboleh ubah sokongan adalah 70.6%. Hasil penyelidikan menunjukkan ketidakaktifan organisasi itu berpunca daripada kurangnya sokongan pelbagai pihak berasaskan rendahnya skala bagi skor pemboleh ubah sokongan. Nilai keberkesanan itu menunjukkan bahawa organisasi Jiran Muda boleh dijadikan mekanisme kawalan sosial generasi muda dalam komuniti kejiranan.
Description
Keywords
Keberkesanan organisasi Jiran Muda , kawasan Rukun Tetangga di Taiping
Citation