Kefahaman Bacaan Bahasa Melayu Murid Tahap II Sekolah Rendah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-06
Authors
Che Lah, Yahya
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kefahaman bacaan merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran berbahasa. Melalui kemahiran ini, murid dijangkakan dapat membaca pelbagai genre dan memproses maklumat yang diperoleh secara kritis. Murid juga diharap dapat menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aras kefahaman bacaan murid. Data yang dikumpul, dianalisis dan digunakan untuk membina rubrik dan deskripsi tanda aras kefahaman bacaan bagi murid Tahap II sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Seramai 2014 murid yang terdiri daripada 935 murid bandar dan 1079 murid luar bandar atau pinggir bandar telah digunakan sebagai sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aras kefahaman bacaan BM murid Tahap II sekolah rendah secara keseluruhan adalah ‘baik’ dengan skor min 53.4%. Manakala aras kefahaman bacaan BM murid Tahap II sekolah rendah secara khusus berdasarkan tiga kategori kefahaman (literal, inferens dan kritikal) menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan. Seramai 34.4% murid mencapai aras kefahaman ‘melebihi standard’, 24.7% murid ‘mencapai standard’, 17.7% murid berada pada aras kefahaman ‘di bawah standard’ dan 23.2% murid pada aras ‘amaran akademik’. Dari segi jantina, data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min murid lelaki dan perempuan.
Description
Keywords
Bahasa Melayu , Bacaan
Citation