Satu Analisis Keindahan Melayu: Kajjan Kes Syair Siti Zubaidah
Loading...
Date
2002-02
Authors
Yahaya, Zaleha
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis yang bertajuk "Satu Analisis Keindahan Melayu: Kajian Kes
Syair Siti Zubaidah", adalah satu kajian untuk menganalisis keindahan
Melayu melalui teks Syair Siti Zubaidah. Untuk menganalisis keindahan
Melayu ini, teori keindahan yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh
menerusi kajian-kajian beliau terhadap hikayat-hikayat Melayu akan
dijadikan landasan.
Enam eiri keindahan telah dikenalpasti mendasari keindahan
sesebuah karya sastera Melayu lama berbentuk prosa. Ciri-ciri keindahan
tersebut adalah seperti, keindahan didaktik, keindahan nestapa, yang asli
itu indah, keindahan episodik, keindahan dramatik dan keindahan
keajaiban atau kesaktian.
Dalam bab pertama, perbineangan akan menjurus kepada aspekaspek
metodologi seperti tujuan kajian, pemyataan masalah kajian, skop
kajian, kaedah kajian, kaijan-kajian lepas, kepentingan kaj ian , serta
organisasi kajian yang memberi pendedahan awal kepada keseluruhan
kajian.
Bab kedua akan memberi tumpuan kepada teori keindahan yang
dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh. Bab ini juga akan
membincangkan secara terperinci saranan-saranan Muhammad mengenai
dasar-dasar keindahan Melayu yang mendasari keindahan sesebuah karya
sastera Melayu berbentuk prosa. Saranan-saranan tersebut kemudiannya
akan diikuti dengan pendapat-pendapat para sarjana tentang keindahan.
Bab ketiga sehingga bab kelapan adalah analisis ciri-ciri keindahan
Melayu dalam Syair Siti Zubaidah. Ciri-ciri keindahan Melayu tersebut
dianalisis berasaskan kerangka teori keindahan Muhammad Haji Salleh.
Bahagian rumusan memperlihatkan dapatan kajian yang
menunjukkan bahawa adanya keselarian antara ciri-ciri keindahan Melayu
yang dikemukakan oleh Muhammad dengan ciri-ciri keindahan dalam Syair
Siti Zubaidah.
Description
Keywords
Ilmu Kemanusian , Satu Analisis Keindahan Melayu