Meninjau masalah berkaitan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik(HUSM), Kelantan, Malaysia
Loading...
Date
2004
Authors
Hamid, Fatimah Abdul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
lmobilisasi mengakibatkan pesakit lebih lama dirawat. Pesakit ortopedik adalah
golongan yang amat berisiko mengalami dan mendapat komplikasi akibat daripada
rawatan imobilisasi tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah yang
berkaitan dengan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik. Kajian pilot telah
dijalankan untuk mengemas kini soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah
yang dihadapi oleh pesakit. Seramai 30 orang pesakit dari wad ortopedik HUSM
telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data telah dilakukan
mengunakan borang soal selidik berstruktur data sosial demografi, masalah
berkaitan dengan imobilisasi dan tindakkan perawatan yang telah dilakukan oleh
jururawat.
Di antara masalah yang berkaitan imobilisasi pesakit ortopedik yang dapat dikenal
pasti adalah mereka memerlukan bantuan untuk menjalankan aktiviti harian,
mengalami sakit belakang, kebosanan dan masalah spiritual seperti tiada tempat
yang selesa untuk beribadat. Keputusan menunjukkan tindakan perawatan perlu
ditingkatkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pesakit ortopedik
HUSM. Sebagai rumusan masalah berkaitan dengan imobilisasi dalam kalangan
pesakit ortopedik kebanyakkan boleh diatasi jika tindakan perawatan dilakukan
secara berterusan dan mendapat kerja sama dari pesakit.
Description
Keywords
Orthopedics