Kawalan larva nyamuk vektor denggi (Aedes aegypti dan Aedes albopictus) dengan menginterasikan Bacillus thuringiensis H-14

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-07
Authors
Lee, Yean Wang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kesan residu dan keberkesanan Bacillus thuringiensis H-14 (VectoBac ABG6511, formulasi granul dan VectoBac ASI2, formulasi cecair) dan pyriproxyfen (Sumilarv) sebagai lasi rawatan terus dan formulasi penyemburan ruang (penyemburan kabus dan UL V) untuk tujuan kawalan berintegrasi terhadap larva nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus . telah dikaji. Dua dos bagi kedua-dua formulasi Bacillus thuringiensis H-14 (285 lTU/1 dan 570 ITU/I) telah dikaji untuk kesan residu Bti serta mengintegrasikan dengan pyriproxyfen dalam kajian penyemburan ruang dengan menggunakan mesin Agrofog AF 35 untuk semburan kabus dan Leco Fog Generator Model 1600 untuk semburan ULV di lapangan. Kedua-dua formulasi Bti berkesan mengawal larva nyamuk Aedes sekurang kurangnya selama seminggu. Bti formulasi granul telah memberi kawalan yang amat berkesan dengan kedua-dua rekabentuk (menukar air dan tanpa menukar air) terhadap larva Ae. aegypti ~ dan Ae. albopictus. Keberkesanan kedua-dua formulasi Bli hanya boleh bertahan selama seminggu setelah dilarutkan ke dalam air dengan dos 570 ITU/1. Bti formulasi granul lebih berkesan berbanding dengan Bti formulasi cecair (p=0.05) terutamanya bagi kajian berintegrasi selepas hari ke-7 terhadap kedua-dua spesies nyamuk kajian. Pyriproxyfen (79.5 dan 159 mg/l) secara bersendirian menunjukkan kesan kawalan larva yang rendah tetapi amat berkesan dalam menghalang kemunculan nyamuk dewasa (0 % kemunculan nyamuk dewasa). Dalam kajian ini, integrasi Bti (285 dan 570 lTU/I) dan pyriproxyfen (79.5 mg/I) telah memberi kesan sinergis dengan meningkatkan keberkesanan Bli. Kesan integrasi adalah lebih jelas antara Bli formulasi granul dengan pyriproxyfen, manakala antara Bti formulasi cecair dengan pyriproxyfen keberkesanannya adalah kurang jelas Integrasi antara Bti dan pyriproxyfen bukan sahaja melanjutkan keberkesanan aktiviti .. kawaIan larva, maIah ia memastikan tiada kemunculan dewasa sarna sekali. Dengan menukar II air setiap hari, aktiviti Bti telah meningkat dan ia memberi kesan kawalan larva nyamuk yang lebih baik. Didapati Ae. aegypti sarna rentan terhadap penggunaan Eli berbanding Ae.albopictus bagi kesemuajenis rawatan dan kedua-dua rekabentuk kajian (menukar air dan tanpa menukar air). Dalam kajian semburan kabus, Bti formulasi granul menunjukkan aktiviti kawalan larva Ae. aegypti dan Ae. albopictus yang sangat berkesan (mortaliti melebihi 98% se\epas 48 jam post rawatan) bagi tiga dos tinggi yang disembur (0.71 x 109 , 1.45 X 109 dan 2.91 x 109 ITU/ha), manakala dos rendah (0.36 x 109 ITU/ha) masih menunjukkan mortaliti larva yang melebihi 61 %. Bagi Bti formulasi cecair, 92.5% mortaliti larva tercapai dengan dos-dos tinggi (1.46 x 109 dan 2.87 x 1 ~ ITU/ha). Dalam kajian semburan ULV, Eli formulasi granul dengan dos 0.72 x 109 ITU/ha menunjukkan mortaliti sekitar 65% 48 jam post-semburan sehingga jarak SOm. Secara keseluruhannya, Eti formulasi granul dan cecair pada dos 0.36 x 109 dan 0.72 x 109 ITU/ha adalah kurang berkesan terhadap kedua-dua larva Ae. aegypti dan Ae. albopictus.
Description
Keywords
Kesan residu dan keberkesanan Bacillus thuringiensis H-14 , sebagai fomulasi rawatan terus dan formulasi penyemburan ruang
Citation