Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di industri kecil dan sederhana di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-04
Authors
Lee, Chung Yeow
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana status pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Pulau Pinang. Penyelidikan ini ingin memahami tahap pelaksanaan, proses pelaksanaan dan masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat IKS. IKS telah dipilih sebagai tumpuan penyelidikan berdasarkan fakta bahawa IKS mempakan tunggak utama dalam pembangunan negara. Kejayaan pembangunan IKS sudah pasti dapat merangsang pembangunan ekonomi di Pulau Pinang. Kejayaan IKS juga tumt dapat mendorong Malaysia mencapai wawasannya, iaitu menjadi sebuah negara yang membangun pada tahun 2020. Dalam penyelidikan ini, satu set borang soal-selidik yang mengandungi 36 soalan keserriuanya telah digunakan sebagai cara utama untuk mengumpul data. Sebanyak 145 buah kilang dijadikan sebagai sasaran kutipan data. Senarai kilang telah diperoleh menerusi direktori Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Kadar balasan ialah sebanyak 35.8%. Hasil data yang diperoleh digunakan untuk mengkaji korelasi di antara keadaan IKS (saiz syarikat, sumber pekerja, sumber kewangan dan sebagainya) dengan tahap pelaksanaan sistem pengumsan kualiti (tahap pelaksanaan, masa yang diambil, dan sebagainya) Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa syarikat IKS masih memerlukan banyak bantuan dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti. Syarikat IKS sememangnya kekurangan sumber sokongan dari segi kewangan, sumber manusia dan pengetahuan teknikal untuk memastikan sistem pengurusan kualiti dapat dilaksanakan dengan sempuma. Terdapat sesetengah IKS hanya dapat melaksanakan satu sistem pengurusan kualiti yang amat ringkas, yang dianggap sebagai "pelapik" sahaja. Justerunya, syarikat IKS memerlukan satu garis panduan / pendekatan yang lebih ringkas dan yang telah mengambil kira persekitaran pemiagaan di Pulau Pinang. Berdasarkan data yang dikumpulkan dan diperoleh serta analisis data yang dilakukan, satu garis panduan pelaksanaan yang mengandungi lapan elemen telah dihasilkan. Garis panduan ini boleh digunakan untuk membantu IKS dalam mempercepatkan dan memudahkan proses pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di syarikat mereka.
Description
Keywords
Pengurusan kualiti di Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Citation