Rekabentuk Dan Pembangunan Modul Latihan Kemahiran Literasi Maklumat Untuk Guru Perpustakaan Dan Media Berasaskan Model The Big6
Loading...
Date
2009-04
Authors
RAZALI, NORHAYATI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Literasi Maklumat adalah proses yang memerlukan seseorang untuk menentu,
mencari, mengguna dan menilai maldumat secara berkesan. Kajian kualitatif ini melihat
kepada reka bentuk dan pembangunan modul Iatihan kemahiran Literasi Maklumat untuk
Guru Perpustakaan dan Media di negeri Pulau Pinang. Perkara ini bertujuan memberi
pendedahan dan latihan mengenai Literasi Maklumat dan menggunakan kemahiran yang ada
bagi meningkatkan penggunaan inisiatif leT yang telah dibekalkan ke semua sekolah oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia supaya pembaziran tidak berlaku. Latihan awal melibatkan
20 orang Guru Perpustakaan dan Media berasaskan model The Big6 oleh Eisenberg dan
Berkowitz (1988). Pembangunan modul ini berpandukan kepada model Morrison, Ross dan
Kemp (2004) dan model Rapid Prototyping oleh Tripp dan Bichelmeyer (1990), dijalankan
secara iteratif iaitu pemumian dan penambahbaikan dilakukan terhadap empat versi prototaip
dan penilaian versi ketiga menjadi kajian sebenar kepada 20 orang Guru Perpustakaan dan
Media. Kutipan data adalah berd as ark an temubual, refleksi peserta, pencerapan dan soal
selidik modul tersebut. Keseluruhannya didapati Guru Perpustakaan dan Media bersetuju
dengan modul ini tetapi beberapa kekangan seperti kewangan, ketjasama guru mata pelajaran
lain dan latihan berterusan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberkesanan modul ini.
Description
Keywords
Rekabentuk Dan Pembangunan Modul Latihan Kemahiran Literasi Maklumat , Untuk Guru Perpustakaan Dan Media Berasaskan Model The Big6