Kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan usahawan-usahawan wanita Melayu di Lembah Kelang

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-10
Authors
Ahmad, Norsidah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan di sekitar Lembah Kelang dan sejumlah 91 orang usahawan wanita Melayu telah dikena1pasti sebagai responden. Pendekatan penyelidikan ini dilakukan dari sudut psikologi sosial iaitu untuk mengkaji hubungan di antara faktor-faktor Jatar belakang usahawan wanita Melayu, latar belakang pemiagaan mereka dan sifat-sifat peribadi yang dimiliki, dengan prestasi pemiagaan mereka. Berdasarkan kepada keputusan ujian hipotisis, didapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan terdiri daripada: a) Iatar belakang usahawan wanita Melayu yang meliputi taraf pendidikan ibu bapa, status perkahwinan, sokongan daripada suami, tanggapan masyarakat, perkaitan di antara pekeijaan lepas dengan aktiviti pemiagaan sekarang, pengalaman dan kemahiran, bilangan bidang pendidikan dan Iatihan; b) latar belakang pemiagaan usahawan wanita Melayu yang terdiri daripada pengalaman bemiaga sambilan, perkaitan di antara aktiviti perniagaan sambilan dan aktiviti pemiagaan sekarang, bilangan aktiviti pemiagaan sekarang, bilangan sumber pembiayaan dan kewangan; c) sifat-sifat peribadi terdiri daripada pengambilan risiko, imej diri yang positif dan kawalan dalaman diri. Hasil penyelidikan ini juga dibincangkan dalam konteks teori-teori wanita dan pekeijaan yang meliputi teori kapital manusia dan teori feminisme serta teori psikologi yang mengandungi teori motivasi pencapaian dan pengambilan risiko, teori kawalan diri dan teori imej diri. Hasil daripada usaha penyelidikan ini akan dapat memperbanyakkan Iagi kajian mengenai keusahawanan wanita khususnya wanita Melayu di Malaysia, terutamanya di dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan penglibatan serta prestasi pemiagaan mereka.
Description
Keywords
Usahawan wanita Melayu
Citation