Faktor kediaman sebagai unsur mobiliti : kajian kelompok pekerja etnik melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-09
Authors
Wan Ibrahim, Wan Salleh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini meninjau secara menyeluruh bagaimana perkara-perkara kediaman, secara bergabung dengan mobiliti perjalanan, membantu signifikan-signifikan pertempatan kawasan sosial dalam bandar. Persekitaran kaji selidik yang dipilih adalah Kampung Bam, satu enklaf segregasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebagai sebahagian daripada identiti bandar tipikal Asia Tenggara, seseorang tidak dapat mengelak daripada menerima pakai kerangka teoretikal McGee, seorang penyumbang idea yang amat menyerlah mengenai urusan-urusan perbandaran Asia Tenggara dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Karya-karya McGee (1967, 1971) yang terawal ini cuba menjelaskan akan sistemsistem pertempatan di bandar-bandar Asia Tenggara yang tidak selaras dengan apa yang dikatakan model bandar Barat berdasarkan bandar Chicago yang dijelmakan sebagaimana perkelompokan besar kelompok kelas industri dan sosialnya. Profil kelas-kelas sosial bandar di Asia Tenggara pula dijelmakan oleh keadaan warisan perbandaran penjajah yang menjadikannya m(lsyarakat majmuk. Oleh yang demikian, kelas-kelas sosialnya cenderung untuk berkelompok di sekitar jurang-jurang perbezaan etnik dan tradisi bersama juga ekologi kediaman-kejiranan yang amat nyata. Kaji selidik kes ini juga bertindak untuk menyiasat akan kedinamikan dalaman sosiobudaya di kalangan budaya pengguna yang sedia meluas dalam gaya hidup di bandarbandar. Bidang-bidang yang diperhatikan adalah motivasi-motivasi kebergunaan tempat di kalangan kelompok 'warga pembawaan tradisi' ciptaan teoritikal McGee. Satu kajian dan temubual bersemuka bercorak kediaman-mobiliti menggunakan 432 responden dijalankan. Kaji selidik berpandukan soal selidik ini merangkumi soalansoalan berbentuk Skala-Likert di samping maklumat demografi, kediaman dan mobiliti perjalanan yang diperlukan. Maklumat ini bertujuan untuk menguji kesankesan pendapatan dan pekerjaan serta 13 lagi faktor bercorak pemboleh ubah 'kebergunaan tempat' untuk membuktikan keputusan-keputusan berjenis sama ada 'sosiobudaya' atau 'ekonomi-pengguna'. Penemuan-penemuan yang didapati membuktikan sosiobudaya telah mengatasi ekonomi-pengguna dalam pelbagai perkara yang menyentuh keputusan-keputusan kediaman-mobiliti. Penemuan ini juga membuktikan beberapa idea 'teori' McGee benar. Penemuan-penemuan ini amat bernilai kepada para akademik, jururancang fizikal dan pereka bentuk bandar kerana ia menuntut agar penyemakan semula dibuat ke atas paradigma-paradigma sedia ada bila mendekati isu dan masalah perancangan komuniti dan sistem-sistem pertempatan bandar Asia Tenggara masa kini.
Description
Keywords
Sistem-sistem pertempatan di bandar-bandar
Citation