Pesalah Juvana Lelaki Dan Pengaruh Persekitaran Sosial Dari Perspektif Geografi Sosial: Kajian Kes Di Pusat-Pusat Pemulihan Juvana Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2006
Authors
Muhammad Raini Mat Rahim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Aktiviti jenayah di kalangan juvana merupakan isu yang terkini dan
membimbangkan banyak pihak. Pesalah jenayah juvana selalunya diimejkan
sebagai mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah, miskin,
mempunyai status sosial yang rendah dan mempunyai masalah pembelajaran di
sekolah. Sejauh mana perkara-perkara di atas benar masih terus menjadi subjek
kajian para pengkaji jenayah juvana daripada negara-negara Barat dan juga di
Malaysia. Kajian tentang punca perlakuan jenayah di kalangan juvana adalah
amat mendesak memandangkan kadar jenayah dan jenis jenayah juvana hari ini
semakin meningkat. Hal ini disebabkan perubahan yang berlaku dalam
persekitaran sosial individu dan kolektif yang semakin meluas dan bersifat global.
Berdasarkan keadaan ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam
pendapat para juvana sendiri tentang pengaruh persekitaran sosial terhadap
perlakuan jenayah mereka. Aspek persekitaran sosial yang dikaji terbahagi
kepada dua iaitu Persekitaran Sosial lndividu (PSI) dan Persekitaran Sosial
Kolektif (PSK). Kajian berbentuk penerokaan ini menggabungkan kaedah
kuantitatif dan kaedah kualitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini
membolehkan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pemungutan data.
Kaedah yang digunakan ialah soal selidik kepada 148 orang pesalah juvana, temu
bual mendalam dan pemerhatian ikut serta ke atas 32 orang responden di dua buah pusat pemulihan juvana di Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan
faktor PSI yang mempengaruhi juvana terlibat dengan jenayah ialah kegagalan
juvana mengintegrasikan diri mereka dengan institusi masyarakat seperti institusi
pendidikan dan agama dan institusi keluarga. Kegagalan integrasi ini
menyebabkan institusi-institusi tersebut tidak berkeupayaan mengawal perlakuan
juvana. Manakala, faktor PSK pula ialah kesesakan persekitaran sosial rumah,
kawasan kejiranan yang berbentuk terpisah dan permasalahan tempat sosial
juvana. Imej yang diberikan juvana kepada taktor-faktor PSI seperti institusi
keluarga dan masyarakat adalah negatif. Imej bagi faktor-faktor PSK seperti
persekitaran sosial rumah dan kawasan kejiranan adalah negatif manakala tempat
sosial dan kawan adalah positif. Pengalaman ini dikongsi bersama oleh juvana
daripada pelbagai latar belakang keluarga, status, tempat dan negara. Hal ini
kerana persekitaran sosial semakin bersifat universal pada ketika ini. Kajian ini
menyarankan agar masyarakat mengukuhkan hubungan sosial dan jaringan sosial
antara ahli bagi mewujudkan modal sosial untuk mengatasi masalah perlakuan
jenayah di kalangan juvana.
Description
Keywords
Juvenile Criminals