Comparison of tympanic membrane, axillary and rectal thermometry in adults neutropenic patients

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009
Authors
Abdullah, Abu Dzar
Kamal, Mustafa
Baba, Abdul Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini untuk membandingkan ketepatan pengukuran suhu badan melalui kaedahkaedah membran timpanik (TM), aksilari, aksilari yang diubahsuai (+0.5 °C), oral, dan oral yang diubahsuai (+0.3 oq berbanding dengan pengukuran secara rektal yang bertindak sebagai piawai pada pesakit dewasa yang mengalami keadaan neutropenik. ~itiviti dan spesifisiti kaedah-kaedah yang disenaraikan di atas dalam mengesan demam melalui ukuran suhu rectal (>=38 °C) juga dikaji. Kaedah: Ini merupakan suatu kajian perbandingan kaMah diagnnstik. Sebanyak 400 set bacaan suhu dari keempapt-empat tapak diukur serentak dari 21 orang pesakit dalaman hemato-onkologi yang mengalami keadaan neutropenia selepas kemoterapi. Tiga ratus set bacaan dipilih secara rawak. Persetujuan diatara keempat-empat bacaan tadi dianalisa dengan kaedah korelasi intraklas dua-arah. Sensitiviti dan spesifisiti dianalisa menggunakanjadual kontingensi 2x2. Hasil kajian: Kedua-dua kaedah sukatan suhu TM kanan dan kiri mempunyai korelasi yang baik dengan kaedah sukatan suhu rektal, 0.810 (95% CI, 0.748-0.855) dan 0.770 (95% CI, 0.713-0.815). Suhu aksila mempunyai persetujuan yang.lemah (ICC 0.486 (95% Cl, 0.118-0.689)) dengan suhu rektal. Sensitiviti (sn) dan spesifisiti (sp) dalam mengesan demam rektal (>=38 °C) adalah: TM kanan (sn) 0.712 (95% CI, 0.586-0.814), (sp) 0.957 (95% CI, 0.920-0.978); oral (sn) 0.561 (95% CI, 0.433-0.681), (sp) 0.983 (95% CI, 0.954-0.995); dan aksila (sn) 0.348 (95% CI, 0.238-0.477). (sp) 0.996 (95% CI, 0.973-0.999). Rumusan: Sukatan sa1ah satu suhu TM mempunyai persetujuan yang baik dengan termometri rektal. Ia 1ebih sensitif dari kaedah sukatan suhu oral atau aksi1a untuk mengesan demam rektal.
Description
Keywords
temperature
Citation