Penyalutan permukaan menggunakan teknologi sinaran UV : kajian sistem kationik ke atas pematangan minyak sawit terepoksida

Loading...
Thumbnail Image
Date
2000-05
Authors
Salleh, Mek Zah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini mernfokus kepada pe~ggunaan resin minyak sawit dalam bidang penyalutan perrnukaan dan pematangan menggunakan sinaran ultraviolet CUV). Resin minyak sawit boleh dimatangkan oleh sinaran UV melalui beberapa sistem pematangan iaitu samada secara radikal, kationik atau hibrid. Walau bagaimanapun sistem kationik telah dipilih kerana wujudnya kumpulan epoksi dalam resin minyak sawit dari jenis terepoksida yang boleh diutilisasikan secara terus untuk membentuk sambung silang yang diperlukan. Pendekatan yang telah diambil dalam penyelidikan ini merangkumi pemilihan gred minyak sawit terepoksida (EPO) yang sesuai untuk digunakan. Ini dilakukan dengan membuat penelitian ke atas sifat filem basah sampel rninyak berkenaan setelah ianya dicampur dengan komponen-komponen forrnulasi yang lain. Keterlarutannya dengan komponen utama dalam forrnulasi seperti fotopemula, pengikat, monomer dan bahan penambah lain juga diberi perhatian utama. Selain daripada itu kajian kesan tempoh simpanan sampel min yak berkenaan terhadap forrnulasi filem termatang juga dijalankan. Ini memandangkan nilai oksirana oksigen (00) dalam minyak sawit adalah tidak stabil dan ianya menyusut dengan masa. Kajian formulasi rorut dijalankan ke atas gred minyak sawit yang terpilih dengan komponen-komponen utama lain. Ini termasuklah kesan jenis dan kepekatan fotopemula, monomer, peratusan min yak sawit, pemfotopeka dan juga kesan pospematangan. Penganalisaan sampel termatang adalah meliputi kekerasan pendulum, peratus kandungan gel, pertukaran ikatan dua, sifat fizikal seperti tegangan dan perubahan bentuk silam dan juga sudut sentuh. Minyak sawit terepoksida dari gred 'epoxidised, refined, bleach and deodorised palm oil' (ERBD PO) didapati memberi rupa bentuk filem yang baik berbanding dengan gred lain dan ianya sesuai digunakan sebagai salah satu daripada komponen dalam formulasi penyalutan permukaan. Untuk mendapatkan filem penyalur yang baik, sampel ERED PO mestilah diguna dalam tempoh riga bulan selepas proses epoksidasi. Ini disebabkan penyusutan oksirana oksigen (00) dalam ERBD PO mencapai tahap kritikal dalam tempoh berkenaan. Didapati fotopemula dari jenis sulfonium heksafluorofosfat (UVI 6990) mempunyai kererlarutan yang terhad dalam ERBD PO manakala fotopemula dari jenis ferosenium (Irgacure 261) mempunyai keterlarutan yang baik tetapi lebih banyak tenaga UV diperlukan untuk pematangan. Juga didapati 3% garam sulfonium heksafluoroantimonat (UVI 6974) boleh larut dalam 30% ERED PO dan ianya memberikan tempoh pematangan yang singkat. Kajian ini menunjukkan tahap maksima penggunaan min yak sawit terepoksida (ERED PO) adalah 30'70 sahaja di mana pada peratusan ini filem termatang memberikan peratus kandungan gel sebanyak 60'70. Kekerasan pendulum filem termatang dan kandungan gel menyusut dengan penambahan ERED PO dalam formulasi 101. Penambahan monomer vinil eter dalam formulasi juga didapati tidak. dapat meningkatkan kekerasan pendulum dan juga kandungan gel filem terrnatang. Sudut sentuh di an tara air dengan filem termatang didapati tidak berubah dengan masa; begitu juga pos-pematangan tidak memberi sebarang kesan ke atas sifat fizikal filem terrnatang. Daripada penyelidikan ini. min yak sawit dari gred ERED PO didapati sesuai untuk digunakan sebagai salah satu komponen dalam formulasi penyalutan perrnukaan.
Description
Keywords
Teknologi Sinaran UV , Minyak Sawit
Citation