Imbangan Endapan Dan Nutrien Antara Kawasan Tadahan Sg. Kurau Dengan Kolam Selatan Takungan Bukit Merah, Perak.

dc.contributor.authorMohd Najib, Sumayyah Aimi
dc.date.accessioned2019-08-28T07:24:21Z
dc.date.available2019-08-28T07:24:21Z
dc.date.issued2010-09
dc.description.abstractPengeluaran bahan endapan serta nutrien berhubung rapat dengan fenomena air larian yang merupakan punca hakisan, penyimpanan dan pengangkutan di dalam lembangan sungai yang kemudiannya masuk ke dalam sistem saluran dan tasik. Kajian ini dijalankan bermula dari bulan April 2008 sehingga April 2009 dengan persampelan dijalankan setiap dua minggu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui imbangan endapan dan nutrien dan kadar pemendapan di dalam Kolam Selatan Tasik Bukit Merah. Kolam ini menerima input endapan dan nutrien dari lembangan Sungai Kurau dan dari Kolam Utara. Imbangan yang dianggarkan adalah sebanyak 5614.64 tan tahun-1 (35.60%) endapan dan 12091.67 tan tahun-1 (62.72%) jumlah fosforus termendap di dalam tasik, sementara 145.16 tan tahun-1 (82.72%) jumlah nitrogen, 0.13 tan tahun-1(0.37%) nitrat, 3.09 tan tahun-1 (54.60%) nitrit dan 4.12 tan tahun-1 (40.87%) ortofosfat keluar melalui outlet terusan dan juga alur limpah. Kadar pemendapan diukur dengan perangkap endapan di lima stesen di dalam Kolam Selatan. Purata kadar pemendapan di dalam Kolam Selatan adalah sebanyak 123.5 t km-2 hari-1 di mana kadar pemendapan berhampiran muara sungai adalah tinggi pada kadar 319.48 t km-2 hari-1. Status trofik Kolam Selatan ini adalah mesotrofik dan masih dalam keadaan yang terkawal dari segi ciri-ciri fizikokimianya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8704
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectImbangan Endapanen_US
dc.subjectSg. Kurauen_US
dc.titleImbangan Endapan Dan Nutrien Antara Kawasan Tadahan Sg. Kurau Dengan Kolam Selatan Takungan Bukit Merah, Perak.en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: